Percaturan jenama tudung popular, Leeyanarahman menggunakan wajah bintang jelita Fasha Sandha menerusi kempen terbaharu mereka dipanggil Rosalinda dilihat ‘menjadi’.
Ini terbukti apabila lebih 220,000 helai cetakan tudung edisi terhad mengambil nama kempen cetusan inspirasi drama telenovela Rosalinda sekitar tahun 1999 lakonan artis Mexico, Thalia itu habis terjual sejak dilancarkan 17 Mei lalu.
Untuk rekod, tudung Leeyanarahman sejak dilancarkan belum sampai setahun lalu telah pun terjual sebanyak 1,320,000 helai.
Bagi kempen selama dua bulan menggunakan Fasha itu, ia menjadi usaha kali kelima pihak jenama tudung berkenaan menggunakan artis dan pempengaruh.
Terdahulu, jenama berkenaan pernah menggunakan Ummi Nazeera, Hannah Delisha, Mariam Durian Kimchi, Sophia Albarakbah dan Farah Nabilah.
Menurut pengasas jenama Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman, pihaknya bersyukur kerana resipi menggunakan material premium cotton voile sedari dulu dengan harga RM29 sahaja terus digilai ramai.
“Kami percaya niat mahu melihat wanita termasuk beragama Islam dan Melayu menggayakan tudung mampu milik ini sentiasa dipermudahkan. Semoga Tuhan terus mempermudahkan niat ini dan menjadi asbab baik untuk semua.
“Tentunya, lonjakan dan ledakan kempen itu menjadi apabila kami melamar pelbagai artis wanita berpengaruh untuk menjadi muse.
“Fasha sendiri yang semakin langsing kebelakangan ini menepati keinginan kami menjadi wakilan dan simbolik Rosalinda yang pernah menjadi igauan ramai suatu lebih dua dekad lalu.
“Tak sangka fenomena ‘Rosalinda’ itu berlaku lagi asbab pemilihan Fasha dan sokongan peminat jenama kami,” katanya.
Isteri kepada Muhammad Hafiz Abd Hamid itu berkata koleksi tudung dikeluarkan kali ini menampilkan 20 rekaan.
“Rekod kejayaan ini juga terus membuka ruang dan peluang kepada lebih 10,000 ejen dan stokis kami di seluruh Malaysia menjana pendapatan.
“Antara 20 koleksi rekaan itu kami namakan Thalia,Peony, Miamor, Mawar, Amaryllis, Catalina, Bonita dan Lily. Sekarang kami turut sibuk pula dengan koleksi Aidiladha Series seperti gabungan kaftan dan kurung yang dipanggil Aspalela,” katanya lagi.
Sementara itu, Fasha turut terharu dan bersyukur atas amanah yang telah diberikan jenama tudung terkenal itu kepadanya.
“Kalau Thalia menjadi Rosalinda sering terkenal dengan wajah cantik serta suka menyelit bunga mawar di tepi telinganya, tudung kempen Rosalinda ini juga apa kurangnya.
“Saya sendiri melihat usaha dilakukan Nur Liyana dan suami, Muhammad Hafiz itu mengangkat jenama tudung mereka sejak 2012. Ternyata populariti dan pengaruh itu seiring dengan kualiti tudung mereka yang cantik, trendy, berkualiti dan harga mampu milik.
“Tentunya saya bangga apabila kempen ini memilih nama Rosalinda. Drama dan watak yang pernah bertakhta di hati ramai itu tak disangkal lagi. Sejak kecil saya meminati drama itu dan teruja menjayakan kempen ini,” katanya.
Sempat ditanya mengenai rahsia langsing, Fasha mengakui bukan kerja mudah untuk sampai ke tahap sekarang.
Ibu kepada Putra Rayfal, Putri Rasyha Jemyma dan Aisha Amaira itu berjaya menurunkan lebih 10 kilogram.
“Sejak Oktober lalu, saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula.
“Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Manakala Sabtu dan Ahad, hari saya melantak.
“Saya ini dari jenis genetik besar. Jadi makan lebih sedikit badan akan cepat naik. Syukur pengorbanan dan usaha saya nak langsing kali ini dipermudahkan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jasmin Hamid ada berkongsi beberapa keping foto bersama adik perempuannya yang disifatkan saling tak tumpah raut wajahnya ketika muda.
Malah, bintang senior ini turut menyatakan andai satu hari nanti dia sudah tiada, peminat boleh menatap wajah adiknya itu kerana paras yang hampir seiras.
Perkongsian tersebut dibuat Jasmin menerusi satu entri di Instagram, baru-baru ini.
“One and only. Adik perempuan saya. Sama kan? Masa saya muda belia, saling tak tumpah macam muka adik saya.
“Cuma muka dia lagi runcing, muka saya bulat. Badan pun runcing sama je. Dah nama pun adik beradik. Jangan compius tau.
“Bila saya dah tak ada nanti, bila rindu kat saya, boleh la tengok muka adik saya @missjaegerbomb,” tulis Jasmin.
Pendedahan tersebut turut mendapat perhatian peminat memandangkan pelakon ini agak jarang berkongsi mengenai hal melibatkan keluarganya.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lebih sebulan melahirkan cahaya mata keduanya, pelakon Izreen Azminda difahamkan telah menganjurkan majlis tahnik dan akikah untuk permata hati pertamanya bersama suami, pemuzik Ude Wahid.
Menerusi Instagram, bintang filem Pak Pong itu ada berkongsi sekeping foto yang merakamkan suaminya memangku bayi lelaki yang diberi nama bayi Aaron Ibrahim itu.
“Terima kasih bagi mereka yang menjayakan majlis tahnik dan aqiqah semalam. Serba sederhana tapi penuh makna,” tulisnya yang turut berkongsi video selawat nabi.
Pada masa sama, Izreen ada memuat naik dia keping foto pelaminan bayi khas buat majlis berkenaan.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anna Jobling tidak menafikan wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine ialah kenalannya.
Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna...