“Mohon Maaf Banyak Buat Salah Saat Awak Dalam Kandungan,”- PU Abu Timang Bayi Lelaki, Doa Anak Warisi Sifat Sabar Bekas Isteri

Share

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufian ada berkongsi memaklumkan dia sudah selamat menimang cahaya mata sulung pada Jumaat lalu.

Berita gembira tersebut dimaklumkan PU Abu menerusi Instagramnya sebentar tadi.

“Alhamdulillah pada tanggal 7/6 jam 12.55 telah lahir anak hebat dan putera sulung ini. Moga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.

“Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak di saat awak dalam kandungan.

“Jaga hati ummi elok2 sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi,” tulisnya. 

Dalam pada itu, Abu berterima kasih kepada bekas isterinya, Ain Afini atas kelahiran anak sulung mereka.

“@ainafini_ terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat ini. Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia.

“Saya mohon doa netizen agar semuanya berjalan dengan baik dan segalanya dipermudahkan,” tulis Abu lagi dihujani komen netizen. 

Terdahulu, Abu difahamkan turut menanti detik kelahiran bayi oleh bekas isterinya itu di ruangan menunggu.

Untuk rekod, Abu atau nama penuhnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi telah menceraikan Ain pada 13  Mac lalu.

Lalu, Abu memilih untuk bernikah dengan wanita yang dikenali sebagai Hana yang berstatus janda anak satu.

Foto : Instagram Abu

Published by
Amynur Akmal