Pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan suami sebagai mengulas dakwaan dirinya kini hamil seperti diperkatakan netizen di media sosial.
Menurut Atikah, dia belum bersedia untuk mengesahkan berita kehamilannya kerana masih menanti masa yang lebih sesuai.
“Saya mohon maaf tidak dapat berkongsi mengenainya kerana mahu mengelak perkara tidak diingini.
“Saya berjanji akan berkongsi mengenainya kepada pihak media dan peminat bila tiba masanya nanti,” kata bintang asal Singapura itu, petik Harian Metro.
Terdahulu, Atikah seakan memberi bayangan dirinya sedang berbadan dua menerusi ‘content’ memasaknya di media sosial menerusi ‘Mual Series’.
Menerusi perkongsiannya itu, Atikah memaklumkan dia bukan sahaja mengalami rasa mual malah sering diserang migrain ketika memasak menu ‘Pizza Margherita’.
Perkongsian berkenaan juga turut mendapat maklum balas positif daripada paea pengikutnya.
Imbas kembali, Atikah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 34, pada Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Our First Business Baby Bersama,” – Cebur Diri Dalam Bisnes, Radin Era Buka Francais Courier Service Miliknya Sendiri
Pengacara dan penyampai radio, Radin Era meluahkan rasa teruja apabila memaklumkan dia kini telah pun melibatkan diri dalam bidang perniagaan dengan membuka francais servis khidmat penghantaran miliknya sendiri.
Menurut Radin, perkhidmatan tersebut secara rasminya telah dibuka pada Khamis dan dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya selama ini.
“Bismillahirahmanirahim. Harini bertarikh 26 November 2020 (Khamis) dengan rendah dirinya, saya & business partner @megatsyafique berterima kasih kepada anda semua yang mengucapkan ucapan tahniah serta mendoakan untuk francais J&T Denai Alam kami yang telah pun bermula operasi hari Ini,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai segment Era D’boyz itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Radin atau nama penuhnya Radin Amir Effendi turut memohon maaf kerana tidak dapat menjemput orang ramai ke majlis doa selamat sempena pembukaan pusat perkhidmatannya itu memandangkan negara ketika ini masih berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Ini adalah our 1st business baby bersama. Walau apa pun, kami ingin memohon maaf kerana hanya dibenarkan untuk membuat majlis (doa selamat) dalam skala kecil disebabkan SOP yang telah ditetapkan.
“Dikesempatan ini, kami ingin berterima kasih yang tidak terhingga kepada @nafidzrazak @kai_armd & @muazmahmudm yang menjadi penasihat utama untuk kami memulakan business ini.
“Juga terima kasih kepada @ezwanzain @kueh13 yang menjadi penaja jamuan untuk majlis siang tadi serta antara yang banyak membantu @azlinaidris @ayuaqilahmukhtar (selaku pengurus) & @eddy.algojo, family kami, @officialradinrangers , rakan-rakan selebriti, group whatsapp , gang cycling, dan pastinya rakan-rakan media,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan agar perusahaannya itu akan terus berkembang pda masa akan datang.
Sumber: Instagram Radin Era
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hilang Seri Pagi Takda Kau…,” – Issey Fazlisham Tinggalkan Konti Suria FM, Rakan Penyampai & Selebriti Luah Rasa Sedih
Keputusan pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham untuk tidak lagi menyambung kontraknya bersama Suria FM nyata mengejutkan ramai pihak.
Antara yang paling terkesan dengan pengunduran Issey itu sudah tentu daripada keluarga Suria FM itu sendiri.
Bagi rakan penyampai yang juga merupakan gandingannya di segmen, Team Pagi Suria, Fizi Ali, meskipun menyifatkan keputusan tersebut agak berat untuk diterimanya, namun dia tetap akur dan mendoakan semoga sahabatnya itu akan terus sukses dalam apa jua bidang yang akan diceburinya selepas ini.
“Issey, aku akan sentiasa doakan untuk sahabat aku berjaya di dunia dan akhirat. Aku mungkin tak pernah sebut depan-depan tapi aku sayang kau, aku sayang persahabatan kita.
“Kau jaga diri,insyallah ada jodoh kita akan bersama lagi sekali,” tulisnya.
Dalam pada itu, seorang lagi rakan penyampai, Feeya Iskandar turut mendedahkan pemergian Issey ini sedikit sebanyak akan merubah suasana di konti Suria FM selepas ini.
Malah, Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piyah itu turut menyifatkan Issey sebagai seorang sahabat yang baik.
“Walau terkejut tapi kami akur dengan keputusan kau untuk tinggalkan Suria FM @isseyfazlisham jangan lupakan kami di sini.
“Hilang seri pagi takde kau dan terima kasih sbb jadi kawan yang baik,semoga Allah permudahkan urusan kau sey. All the best sey!!,” jelas Cik Piah.
Selain rakan penyampai, antara yang turut tidak ketinggalan dalam menitipkan ucapan buat Issey sudah tentulah daripada kalangan barisan selebriti tempatan.
Menurut salah seorang anggota kumpulan, Floor 88 yang juga merupakan pelakon, Eric Fuzi, dia amat berterima kasih kepada Issey kerana telah menjadi salah seorang individu yang banyak mambantu perjalanan karier band tersebut.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dalam apa jua perjalanan yang kau pilih sey.
“Terima kasih kerana sepanjang di Suria, setiap kali ada segmen bersama Floor 88, korang layan kitaorang baik punya. Setiap kali jelajah Suria, kau ketua kampung paling best dalam bas,” luah Eric.
Terdahulu, Issey telah pun mengumumkan pengundirinya dirinya sebagai penyampai di Suria FM selepas hampir tiga tahun berkhidmat di stesen radio berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Issey Fazlisham, Fizi Ali, Feeya Iskandar & Eric Fuzi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak-Anak Sayang Dia, Keluarga Ada Beritahu Untuk Bertemu,” – Fuad Cinta Hati Tom GV9
Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom Raja Ikram mengesahkan dirinya kini rapat dengan Fuad Rahman sekali gus sedia untuk kembali mengenali hati budi bekas kekasihnya itu.
Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, ketika dihubungi MH menjelaskan, Fuad meluahkan isi hati kepadanya hampir dua minggu lalu.
Malah Tom akui keluarga masing-masing sudah saling mengenali susulan perkenalan lama mereka sebelum ini.
“Sebenarnya kami rapat sekitar tahun 2005 sampai 2010 begitu, ‘on off’ kata orang. Kenal dia sebelum saya ada komitmen dengan siapa-siapa lagi. Saya berkahwin kali pertama pada tahun 2007.
“Bukan saya punca (orang ketiga) sebab kami baru lebih seminggu rapat semula. Kalau mahu tahu hubungan Fuad dengan isterinya, itu kena tanya tuan badan sendiri. Saya percaya itu lebih baik.
“Ahli keluarga Fuad memang sudah kenal dengan saya dan waktu Fuad bersaing di GV9 lagi, mereka ada minta saya untuk tengok-tengokkan dia. Sebab apa, kerana saya tahu Fuad bagaimana orangnya.
“Jujurnya saya tak sangka terjumpa di GV9. Begitu juga dengan Fuad, dia tak sangka saya sudah bergelar artis. Tiba-tiba saling bersaing pula di GV. Tapi mahu saya jelaskan, selepas GV9 kami rapat sejurus isu Fuad bersama isterinya selesai.
“Kemudian keluarganya minta tolong saya untuk tengokkan dia memandangkan di Malaysia dia tiada siapa-siapa kecuali saya dan pihak pengurusannya,” kata Tom.
Ditanya mengapa sebelum ini dia tidak pernah berkongsi cerita mengenai hubungan tersebut, Tom akui tiada siapa yang bertanya dan hanya rakan terdekat saja yang tahu.
“Tak pernah ada orang tanya. Yang tahu hanya kawan-kawan rapat sahaja, di Johor dan Singapura. Malah ketika GV pun kami tiada berhubung mana. Cuma sejurus program itu sahaja.
“Saya sayang dia dan tak mahu Fuad rosak atau terjerumus balik sebagaimana hidupnya yang lalu. Sekarang dia sudah pun pulih dan kena ada orang yang terus berikan dia semangat.
“Keluarganya ada beritahu untuk bertemu memandangkan kami memandangkan masing-masing lama tak jumpa,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai perancangan untuk ke fasa seterusnya, penyanyi yang popular menerusi lagu Lagu Untuk Kuala Lumpur menjelaskan, hal itu masih terlalu awal untuk dibicarakan.
Tom bagaimanapun akui dua anak lelakinya, Putera Edler dan Putera Evans Ezra selesa apabila Fuad berada di sisi mereka.
“Keluarga ada cakap mengenai perkara itu, cumanya ia masih terlalu awal. Kami masih saling mengenali. Baru nak kenal balik dia dalam keadaan yang sekarang.
“Memang kami rapat dan saya rasa ada tanggungjawab untuk jaganya. Malah Fuad ada beritahu dia mahu tebus balik apa kesilapan yang pernah dia lakukan kepada saya sebelum ini.
“Saya pun tak suka dengan apa yang pernah dilaluinya dulu, ‘masuk keluar’. Saya tak mahu ia berlaku lagi. Dia seorang yang baik tak ada masalah lain kecuali ‘itu’ sahaja.
“Anak-anak sayang dia. Mereka panggilnya ‘Uncle Bapak’. Meski mereka bukan darah dagingnya, tapi Fuad menghargai sebagaimana dia menghargai saya.
“Itu yang paling penting. Kami masih dalam fasa mengenali. Doakan yang baik-baik,” katanya lagi.
Terdahulu, Fuad mengemaskini status Facebooknya dengan meletakkan foto bersama-sama dengan Tom dan menukarkan profile dengan status ‘in relationship’ sekali gus mencetuskan reaksi pelbagai wargamaya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI