Berita

“Mohon Maaf Tak Dapat Berkongsi Kerana Mahu Mengelak Perkara Tidak Diingini,” – Datin Atikah Suhaime Jawab Dakwaan Hamil

Share

Pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan suami sebagai mengulas dakwaan dirinya kini hamil seperti diperkatakan netizen di media sosial.

Menurut Atikah, dia belum bersedia untuk mengesahkan berita kehamilannya  kerana masih menanti masa yang lebih sesuai.

“Saya mohon maaf tidak dapat berkongsi mengenainya kerana mahu mengelak perkara tidak diingini.

“Saya berjanji akan berkongsi mengenainya kepada pihak media dan peminat bila tiba masanya nanti,” kata bintang asal Singapura itu, petik Harian Metro.

Terdahulu, Atikah seakan memberi bayangan dirinya sedang berbadan dua menerusi ‘content’ memasaknya di media sosial menerusi ‘Mual Series’.

Menerusi perkongsiannya itu, Atikah memaklumkan dia bukan sahaja mengalami rasa mual malah sering diserang migrain ketika memasak menu ‘Pizza Margherita’.

Perkongsian berkenaan juga turut mendapat maklum balas positif daripada paea pengikutnya.

Imbas kembali, Atikah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 34, pada Januari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Published by
MH