Penyanyi dan komposer Ippo Hafiz memohon doa ramai agar mendoakan kesejahteraan isterinya, Fara Roslan yang kini menantikan detik melahirkan anak sulung mereka.

Dijangka bakal melahirkan anak lelaki, Ippo sebelum ini turut mendedahkan dia dan isteri sudah pun mempunyai nama buat permata hati sulung.

“Kepada yang mengenali Wife ippo @fararoslanx, Ippo mewakili memohon maaf andai ada terkasar bahasa atau salah & silap.

“Dan ippo pun memohon maaf untuk diri ippo juga,mohon doakan bidadari ippo selamat bersalin “Yusuf Zarin Nur” dipermudahkan segalanya Amin.

IKLAN

“I love you so muchhh sayang, semoga rezki buat seluruh keluarga ippo dengan kehadiran Anugerah Allah ini,” tulisnya menerusi kapsyen entri di Instagram.

Posting berbentuk video pendek yang dikongsikan itu merakamkan pasangan suami isteri ini saling berpelukan dan Ippo turut mencium suri hatinya itu.

Untuk rekod, Ippo dan Fara berkahwin pada Ogos 2019 di Ampang, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Ippo turut mengambil anak angkat Cinta Rizky Amanda, 4, yang dijaganya sejak lahir.

Foto: Instagram Ippo Hafiz