Isteri kedua kepada pelakon Amar Asyraf, Vivy Jefrry menyatakan rasa reda dan pasrah apabila diceraikan dengan talak tiga pada 4 November lalu.
Katanya seperti dipetik Harian Metro, dia memohon bekas suami tampil bagi menyelesaikan urusan perceraian mereka di mahkamah dengan kadar segera memandangkan usaha untuk menghubungi pelakon tersebut tidak berjaya.
Difahamkan, Amar telah pun menyekat nombor telefon wanita terbabit.
“Kalau boleh saya nak perkara ini diselesaikan dengan cara baik. Saya enggan bermusuh dengan sesiapa.
“Saya cuma mohon Amar tampil untuk uruskan proses perceraian ini kerana ia berlaku di luar mahkamah. Disebabkan dia gagal dihubungi, saya sudah tidak boleh berurusan dengannya lagi.
“Saya harap Amar janganlah aniaya saya sampai begini sekali. Permudahkanlah urusan ini agar proses perpisahan ini berjalan lancar,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Vivy turut menjelaskan dia tidak menyimpan perasaan dendam, cuma mengharapkan agar pelakon itu segera menguruskan proses cerai.
“Ketika perceraian itu, dia ditemani seorang rakan ketika kami menguruskan hal surat beranak anak. Jujur tiada sekelumit dendam atau marah terhadapnya, kerana saya sudah pasrah dengan apa yang berlaku ini.
“Saya kini cuma mohon Amar tampil untuk menguruskan proses perceraian itu dengan segera supaya saya boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa.
“Jika diikutkan tempoh edah juga sudah hampir berakhir namun disebabkan hal yang berlaku ia tidak dapat disahkan oleh pihak mahkamah,” terangnya lagi.
Vivy sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan dirinya sudah berkahwin dengan pelakon itu sejak beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, kisah perkahwinan mereka turut diketahui menerusi pendedahan wanita bernama Ellika Azman yang didakwa hampir berkahwin dengan Amar.
Namun, rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon terbabit telah mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan yang tersebut.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI