Bintang versatil, Ifa Raziah memohon doa ramai supaya mendoakan adiknya, Mohd Shahiran Haji Mustapha yang mengalami serang jantung, baru-baru ini.
Ifa meluahkan rasa dan kesyukuran kerana adiknya ini kembali sedar menerusi Facebook dan Instagram, tengahari tadi.
Shairan yang mesra disapa Iran oleh kakaknya itu kini sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara.
“Salam Jumaat yg Barakah. Mohon tolong doakan adik kandung ifa.. Mohd Shahiran Bin Hj Mustapha semoga cepat sembuh dr serangan Sakit Jantung.
“Syukur Alhamdulillah baru sebentar tadi adik ifa dpt bukakan mata dan tersenyum.Skrg ini iran menerima rawatan di Hospital IJN.
“Semoga dipermudahkan pd Hari Jumaat yg Barakah ini. Aamin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by 👑 IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on
Foto: Instagram Ifa Raziah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakai Baju Sama Warna Dengan Hafidz Roshdi, Shuhada Hanya Mahu Yang Terbaik Buat Anak-Anak
“Ye ke. Oh my god.”
Demikian respon bersahaja isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada saat ditanya mengenai warna pakaiannya yang dilihat hampir sama dengan suaminya ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada petang Isnin.
Kedua-dua mereka hadir ke mahkamah bagi menghadiri prosiding tuntutan hadanah.
Menurut Shuhada, dia hanya mengharapkan yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.
“Saya okay sahaja, InsyaAllah. Saya hanya mahu anak-anak sahaja,” jawabnya ringkas.
Sementara itu, Hafizh tiba di mahkamah lebih awal dengan mengenakan suit berwarna biru muda enggan memberikan sebarang komen ketika disapa pihak media.
Terdahulu, Nurul Shuhada memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Hafidz atau dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.
Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Shuhada menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Emir Tak Putus Asa, Menghantar DM Kepada Emak,” – Majlis Nikah Bakal Di Pancarkan ’Live’ Di TV, Mira Filzah & Wan Emir Nikah Malam Ini
Setelah sekian lama mengambil pendekatan mengunci mulut, pelakon, Mira Filzah akhirnya mendedahkan bahawa majlis pernikahannya bersama pilihan hati, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar akan berlansung pada malam ini di Pusat Konvensyen Bukit Kiara.
Menurut laporan Berita Harian, majlis tersebut akan dipancarkan secara khas menerusi program Mbuzz siaran TV3 pada jam 9 malam selama 10 minit manakala acara penuh pula boleh disaksikan melalui saluran Youtube TV3 bermula jam 8.30 malam.
Mengimbau saat pertama kali bertemu, Mira meluahkan rasa syukur kerana segala hal yang dihajatkan seakan dipermudahkan.
“Jika hendak diterangkan apakah keistimewaan yang membuatkan hati saya terpaut kepadanya, sukar untuk dijelaskan. Namun, apa boleh saya katakan, dia lelaki yang baik.
“Sejak pertemuan pertama, saya selesa dan serasi dengannya,” katanya seperti yang dipetik.
View this post on InstagramA post shared by Hasifikri & Team (@hasifpictures) on
Tambah pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu lagi, pertama kali dia dihubungi oleh Wan Emir adalah melalui kiriman direct message (DM) di Instagram namun dia tidak membalasnya kerana menganggap ia tidak lebih seperti peminat yang lain.
“Selepas gagal berhubung dengan saya, Emir tidak berputus asa apabila menghantar DM kepada emak.
“Saya tidak tahu apa yang Emir katakan pada emak. Tetapi emak beritahu, beliau kenal Allahyarham bapa Emir dan menceritakan mengenai latar belakang keluarganya kepada saya,” katanya.
Sementara itu, Mira turut mendedahkan bahawa hatinya sebenarnya sudah pun terpaut saat pertama kali bertemu dengan Wan Emir yang juga merupakan anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid.
“Saya selesa dan okay mengatur pertemuan seterusnya. Selepas lima hingga enam kali berjumpa, saya beritahu emak mahu berkahwin dengan Emir, namun, dia masih belum melamar saya .
“Saya tidak tahu kenapa tetapi mungkin disebabkan gerak hati yang merasakan keputusan itu adalah tepat. Jadi, saya terus beritahu emak hasrat hati untuk berkahwin.
“Apabila saya beritahu Emir mengenai rancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, dia juga sebenarnya ada hasrat sama.
“Tetapi dia bimbang jika saya anggap terburu-buru. Semua ini tidak akan terjadi tanpa restu emak dan ibu yang memudahkan lagi niat kami berdua,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, difahamkan majlis resepsi kedua pasangan ini dijadualkan akan berlansung pada malam esok di Hotel di Le Meridien, Putrajaya yang turut bakal dipancarkan secara lansung di TV3.
Sebuah lagi majlis resepsi akan dilansungkan pula pada Ahad dan akan dibawakan secara lansung menerusi program Melodi.
Sumber: Berita Harian & Instagram hasifpictures
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Benar Istiqamah Bukan Perkara Mudah,” – Kilafairy Ulas Soal Hijrah, Ketelitiannya Pilih Foto Sopan Didedahkan Pengasas Tudung Ini
Pelakon dan penyanyi, Kilafairy tidak menafikan prosesnya dalam sisi penghijrahan dalam diri, soal hati dan penampilan termasuk untuk terus kekal istiqamah sebagai bukan satu hal yang mudah.
Dua tahun tampil sopan berhijab, anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil ini bagaimanapun percaya, kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.
“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah. Ia bukan sehari dua untuk dihadam. Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri.
“Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa. Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” katanya.
Dalam pada itu, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan baru sahaja dilamar menjadi wajah wakilan jenama tudung bawal MINAZ Hijab Blossom 3.0 bagi kempen Next Chapter.
“Daripada kerendahan hati, saya bangga kerana terpilih menjadi wajah wakilan koleksi tudung bawal ini. Berurusan dan bekerjasama dengan pasukan kerjanya juga menyenangkan.
“Mereka juga memastikan saya selesa dan berpuas hati dengan tudung yang dipakai serta digayakan. Begitu juga dengan hasil gambar kempen fotografi yang dijayakan.
“Pendek kata tudung yang digayakan bukan sekadar selesa dalam konteks percakapan dan penulisan. Tapi saat dipakai pun dapat rasa keselesaan yang digambarkan itu.
“Saya sangat besyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan selain dikelilingi dengan orang yang baik waktu bekerja,” katanya lagi.
Lebih menarik, koleksi tudung yang dilancarkan secara rasmi malam ini itu sudah menerima 250,000 pra tempahan.
MINAZ Hijab yang dilancarkan pada Ogos 2021 dengan taruhan signature printed Blossom Series terus pantas menjadi kegilaan wanita Malaysia.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama tudung itu, Hafiza Datuk Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ syukur nikmat dengan kejayaan awal itu.
“Saya anggap tuah dan rezeki ini datang daripada pelbagai sudut. Tentunya kejayaan ini takkan diperoleh tanpa kerja keras team MINAZ, stokis dan agent seluruh Malaysia seterusnya sokongan Kilafairy sebagai wajah wakilan kempen.
“Kami mensasarkan lima orang bakal Jutawan Hijab hujung tahun ini. Marilah sama sama kita jadi Kaya, Berjaya & Bergaya bersama MINAZ.
“Perniagaan tudung bawal material kapas berkualiti tinggi ini dijual dengan harga mampu milik RM29 sehelai. Pembungkusannya setanding jenama mewah. Bagi mendapatkan tudung bawal itu boleh layari laman web rasmi,” katanya.
Sebelum Kilafairy, Nora Danish terlebih dahulu diperkenalkan untuk siri kempen sama edisi 2.0 tahun lalu yang turut terpalit kontroversi kerana dilihat tidak selari dengan imej tudung dengan wanita ‘free hair’.
“Bertepatan dengan kempen global Hari Hijab Sedunia, MINAZ mahu bawakan ikon berhijab dengan cerita tersendiri. Kisah penghijrahan Kilafairy dua tahun lalu memberikan kami inspirasi dalam merangka kempen Next Chapter.
“Ia sekali gus melantiknya sebagai muka hadapan kempen dengan sorotan episod seterusnya saat dia berhijrah memulakan kehidupan fasa berhijab,” katanya.
Pengarah fesyen jenama itu juga pada masa sama melihat Kilafairy sebagai inspirasi wanita bertudung.
“Lihat saja kesungguhannya untuk kekal istiqamah berhijab. Paling utama dalam menutup aurat dan kekal sopan, dia masih pandai bergaya.
“Saya sendiri menghormati pendiriannya untuk tampil dengan gaya yang sangat sopan sewaktu sesi fotografi kempen berlangsung. Malah dia sendiri lebih teliti memilih gambar yang tidak mencolok mata dan bersesuaian dengan kempen ini,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI