Ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), Datuk Mokhzani Ismail menyangkal dakwaan berlakunya proses penjurian awal bagi menilai lagu-lagu yang bertanding di AJL38.
Menurut Mokhzani, dia dan para juri hanya mengadakan sesi pra dengar untuk memberikan gambaran mengenai lagu-lagu yang akan bertanding.
“Apabila kita menjurikan AJL, ia bukan sekadar mendengar. Kalau mendengar, kita masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kami mengupas lagu-lagu tersebut dalam bentuk notasi.
“Kebiasaannya, kita ada sesi ‘pra dengar’. Desas-desus yang mengatakan ada penjurian awal itu tidak benar. Sebagai ketua juri, saya menyangkal dakwaan itu,” katanya kepada MH.
Mokhzani berkata sedemikian ketika ditemui ketika sesi sidang media AJL38 yang di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.
Katanya lagi, sesi pra dengar ini sangat penting buat para juri agar mereka dapat memberikan markah yang tepat buat lagu yang bertanding.
Ads
“Ketika ‘pra dengar’, kami akan kupas dari segi notasi supaya para juri faham tentang kaedah, format, struktur, chord, perubahan sususan dan genre lagu.
“Hal ini sangat penting kerana kita menjurikan lagu yang pelbagai genre. Jadi, ketika sesi pra dengar ini, para juri diberikan tanggungjawab supaya malam AJL nanti, kita mendapat jawapan yang tepat.
“Kalau tak buat pra dengar, kita hanya ada masa yang sangat suntuk untuk menjurikan 12 buat lagu selepas semua persembahan selesai.
Ads
“Mustahil nak buat penjurian awal. Dari segi melodi mungkin boleh tapi kita ada kritiria yang perlu diikuti seperti lirik, gubahan dan vokal.
“Vokal pula, ada yang berbeza penyanyi daripada audio sebenar dan malam persembahan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mokhzani turut mendedahkan lagu Hasrat telah diangkat sebagai juara kerana gubahan melodi dan lirik yang saling melengkapi.
Ads
“Kami bukan menidakkan keupayaan lagu lain tapi Hasrat berada di tahap yang lebih tinggi. Saya masih terngiang-ngiang dengan naskah ini sejak daripada semi-final.
“Lagu itu senang dinyanyikan dan ‘catchy’ tapi berada dikedudukan terbaik dari segi garapan melodi dan lirik. Ditambah pula dengan persembahan orkestra.
“Jadi, para juri bersetuju untuk meletakkan Hasrat di tempat teratas. Tapi markahnya tidak jauh beza dengan lagu Sutera dan Jangan Mati Rasa Itu.,” akhirinya.
Terdahulu, lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari telah dinobatkan sebagai pemenang AJL38 seterusnya menewaskan 11 lagu yang turut bertanding.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas namanya hangat diperkatakan sebelum ini, pelakon, Amerul Affendi meluahkan rasa terharu terhadap sokongan yang diterimanya daripada orang ramai mahupun selebriti.
Menurut Amerul, sokongan yang diterimanya amatlah luar biasa sehingga berjaya meraih kira-kira 200,000 pengikut di Instagram dalam masa tiga hari.
“Ratusan ribu terima kaseh buat saudara saudari budiman yang prihatin akan permasalahan yang berlaku kepada saya baru-baru ni sehingga kalian menunjukkan sokongan yang sangat luar biasa.
“Dalam tempoh 3 hari jumlah follower di ig mencecah hingga 200k lebih. Semoga urusan kalian juga dipermudahkan oleh-Nya & sentiasa dalam pandangan ALLAH dan Rasulullah S.A.W.
“Tidaklah saya ke depan menyuarakan hal ini semata-mata kerana saya sahaja. Tapi ianya juga kerana generasi ke depan yang akan mewarisi bidang ni agar tidak diperlakukan sebegini,” tulisnya.
Rasa terharu itu dikongsikan oleh pelakon filem, One Two Jaga itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Amerul menjelaskan bahawa dia tidak kisah dengan tanggapan segelintir pihak mengenai dirinya asalkan pelapis akan datang tidak akan menerima nasib sama sepertinya.
“Sampai bila hal-hal penindasan ini dibiarkan dan diwariskan kepada mereka yang akan masuk ke bidang ini.
“Kenapa hal-hal begini tidak diperkatakan oleh senior-senior yang lebih awal makan garam? Apakah benar nanti jika lantang bersuara job (rezeki) akan kurang?
“Jika benar itu terjadi biarlah saya menempahnya. Asalkan yang terkemudian selepas saya tidak mengalami masalah yang sama.
“Bak kata guru saya ‘tidak mengapa kau tidak dipandang manusia, asal jangan ALLAH dan Rasul tidak memandang mu’,” katanya lagi.
Kenyataan tersebut nyata menerima perhatian daripada pelbagai pihak termasuklah penyanyi, Yuna.
“Salam Amerul when you are on set its magic! Its something else. Inshallah you murah rezeki lepas ni one of the best talents ive ever seen.
“Thank you for working with me and keep speaking the truth! we love u!” katanya..
Menerusi ruangan komen rata-rata netizen dan rakan artis berterima kasih dan memberikan kata-kata semangat buat pelakon tersebut untuk terus berkarya.
Semelum ini, Amerul meluahkan kekecewaannya terhadap trend pengarah masa kini yang dikatakan lebih gemar memilih pelakon yang memiliki jumlah pengikut yang ramai berbanding bakat yang dipertaruhkan.
Sumber: Instagram Amerul Affendi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan baru-baru ini telah melancarkan muzik video untuk lagu single terbarunya, Meluruh.
Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Alyah dilihat cukup konsisten dalam mempersembahan muzik video berkualiti terhadap single-single yang dinyanyikannya.
Lalu selain berkongsi mengenai sisi kerjaya, bintang ini buat kesekian kali tetap akan ditanya mengenai sisi peribadi, terutamanya hal melibatkan suami, Datuk Ramli MS.
Meski sudah berikan penjelasan tetap ada segelintir netizen yang memberikan spekulasi terhadap rumah tangga Alyah bersama suaminya yang dikatakan kian renggang.
Ini kerana penyanyi berusia 38 tahun itu semakin jarang berkongsi momen bersama suami di laman media sosial.
“Sebenarnya saya dari dulu lagi, dari zaman bercinta lagi memang jarang nak kongsi foto sama di sosial media. Kalau ada pun, memang jarang.
“Cuma kebelakangan ni saya akui agak kurang untuk kongsi foro bersama kerana masing-masing sibuk.
“Tambahan pula saya rasa Datuk (suami) ni pemalu, jadi kurang nak kongsi posting di sosial media.
“Malah ada ketikanya bila nak selfie kat rumah sama-sama saya tak pakai tudung pula. Jadi sudahnya saya tak boleh nak kongsilah benda-benda macam tu dekat peminat.
“Saya dengan Datuk Ramli okey jer, tak ada masalah. Ada juga peminat yang jumpa kami berdua di luar. Alhamdulilah sehingga kini kami okey,” kongsi Alyah kepada MH.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan bernikah dengan maestro muzik popular Datuk Ramli MS dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia pada 18 Mac 2013.
Penyanyi kelahiran Gelang Patah, Johor ini ditemui oleh MH di majlis pelancaran muzik video untuk lagu single terbarunya itu di TGV 1 Utama, Bandar Utama, beberapa minggu yang lalu.
Rakaman muzik video ini diarahkan oleh pengarah hebat, Ghaz Abu Bakar dan telah menampilkan pelakon hebat seperti Aprena Manrose dan Amerul Affendi.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Bersyukur’. Itu kata kunci yang harus dipegang dalam menjalani kehidupan.
Walau sesukar mana, hadapi dengan penuh kesyukuran kerana daripada situ, lahirnya nikmat hidup.
Menurut penyanyi Nourul Depp, dia ada bertemu seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci di bangunan kediamannya.
Tidak lekang dengan senyuman, setiap pertanyaan mengenai latar belakang dijawab dengan penuh keterujaan lebih-lebih lagi apabila berkisar mengenai isteri dan lima anaknya.
Kagum dengan sifat lelaki itu yang menjalani rutin kehidupan dengan penuh rasa syukur, jelas ibu kepada empat orang anak ini menjelaskan kadang kala kita lupa untuk bersyukur atas apa sahaja nikmat yang dikurniakan, malah lupa rezeki datang daripada Allah SWT.
“Cerita lelaki ini… .
Dia ada pelbagai alasan kalau dia nak tak happy.
Cleaner, berkahwin. Anak 5.
Dia pekerja baru kat building kami. Dia mai qeja setiap hari senyum melerek.
Satu hari dia mai kat kami. Dia tanya : “kamu muslim?” Kami jawablah “ya” .
Awat? Kami tanya. Dia senyum lagi lebaq. Dia kata : “saya juga muslim. Saya kawin orang malaysia.” Senyum lagi panjang. Lagi maneh .
Kami tanya dia lagi: “baru kawin ka?” Jawapan dia : “dak. Lama dah. Dah 15 tahun!” . Senyum dia tu macam baru kwin semalam!
Kami terkejut. Kami teruih berkata kat diri kami. MasyaAllah. Betapa bersyukur nya dia. Happy nya dia. Hidup mesti tak mudah untuk dia. Ada Anak 5. Setiap 2 tahun dapat anak.
Cerita part anak anak dia, dia teruih lagi happy. Dari senyum, teruih ke gelak.
Powernya rasa bersyukur. Powernya rasa redha dan berserah pada Yang Maha Esa.
Apa alasan kita untuk tak happy dan rasa tak cukup?
Kita tak cukup bersyukur. Kita lupa yang rezeki tu mai dari berusaha. Kita lupa yang kita ni M lebih selalunya .
Kita complain sebab kita lupa merungut tu tandanya tak bersyukur. Bila tak bersyukur, apa jadi?
Tak happy. Muka masam. Buat apa semua tak kena. Kita merungut. Rezeki pun tak masuk.
Berterima kasih pada tuhan. Itu tanda bersyukur. Rezeki lagi mai bertalu talu Tapi kena usaha la na.
Ini tips untuk happy. Bersyukur. Fokus pada apa yang ada. Bukan pada yang tak ada,” kongsinya panjang lebar.