Pelakon Ozlynn, mendedahkan anak kelimanya, Moleiq turut sama-sama belajar berpuasa meski usianya baru mencecah empat tahun.
Bagaimanapun, meneurut Ozlynn, dia tidak memaksa Moleiq berbuat demikian, sebaliknya dia terikut-ikut dengan apa yang dilakukan abang dan kakaknya.
“Alhamdulillah so far dia puasa penuh lagi. Harap hari ni pun berjaya. Tapi dia dalam pemantauan, if dia cakap lapar or sakit perut kitaorg tak kan paksa dia puasa.
“Ni hanya layankan dia je sebab dia tengok abang dan kakak dia puasa. Kadang-kadang siap main kejar-kejar. Tapi kita orang paksa dia tidur rehat lepas Zohor.
“Terawih pun pergi dan buat habis. Subhanallah, Moleiq belum masuk 4 tahun pun, dia seronok minta pi terawih dan puasa. Alhamdulillah… sahur pun bangun Subuh pun solat.
“Cuma mane kain ko tu anak oi. Tak kisahlah kan ilmu ni hari-hari kita belajar. Pelan-pelan la. Mama pun masih belajar dan sentiasa belajar untuk perbaiki kekurangan. Mama sayang you Moleiq dan Hanania mama semua #DoakanDalamHatiLebihBaik,” tulisnya.
Hantaran berkenaan yang dibuat awal April lalu itu turut mendapat perhatian peminat sekaligus meninggalkan komen yang pelbagai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini .
Foto: Instagram Ozlynn Wati