Pelakon Ozlynn Wati ada ‘membuat rayuan’ untuk hamil lagi buat kali terakhir meski ia mendapat tentangan daripada ahli keluarganya.
Perkara tersebut didedahkan bintang versatil ini menerusi salah satu entri terkininya di Instagram.
Jelas Ozlynn, anak bongsunya yang mesra disapa Moleiq turut ‘meminta’ mahukan adik.
Perkongsian tersebut dikongsikan Ozlynn bersama lampiran foto sekitar majlis keraian sambutan hari lahir ibu, suami, pelawak dan penyampai radio Johan, serta anaknya Ariq dan Moleiq.
“Selamat hari lahir buat papa, mak, ariq n moleiq, syg sgt2. Terima kasih semua yg bg hadiah, wish n doa.
Ads
“Moga segala doa yg baik itu berbalik pada kalian, buat adik bradik plsss la bg aku ngandung last, janji la last.
“Moleiq dh request adik tu.. sape setuju aku ngandung lg.. undian yg byk kira boleh hapuskan undian adik badik aku yg bangkang utk aku ngandung lagi. Anyway tq @cakesbyaiai sedap cakenya,” tulis Ozlynn.
Ads
Terdahulu, hasil perkongsian hidup bersama Johan, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
MH meninjau ke ruangan komen pada entri berkenaan, ramai peminat yang terhibur sekaligus bersetuju andai pasangan ini dikurniakan cahaya mata lagi.
Foto: Instagram Ozlynn Wati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ungku Ismail Aziz memaklumkan doktor masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan pendarahan yang berterusan dalam paru-paru Nad.
Menurut Ungku Ismail, setakat ini empat doktor masihlagi memantau keadaan pelakon berkenaan.
“Buat masa ini doktor menjelaskan mereka masih belum dapat mengenal pasti punca yang menyebabkan pendarahan yang berterusan dalam paru-paru Nad.
“Tidak pasti sama ada ia berpunca dari kencing tikus atau jangkitan bakteria lain memandangkan dia tidak mempunyai simptom atau gejala yang dikaitkan,” katanya ketika ditemui di KPJ Ampang Puteri, sebentar tadi.
Ditanya mengenai keadaan semasa Nad, Ungku Ismail berkata, pendarahan masih lagi berlaku.
“Saya difahamkan, pendarahan berterusan, secara ‘on and off’. Jadi pihak doktor sedang berhempas pulas mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru,” katanya yang mengharapkan semua pihak mendoakan yang baik-baik buat Nad.
Sementara itu pengarah Shahrulezad Mohameddin yang ditemui turut meminta semua pihak mendoakan yang terbaik yang kini sedang bertarung dengan ujian yang dihadapi.
“Kita sama-sama doakan agar Nad kembali sembuh dan semoga Allah kembalikan dia kepada kita semula. Sebagai rakan, saya terharu apabila ramai di kalangan penggiat seni turut sama hadir termasuk ahli keluarga Nad.
“Keluarga Nad juga sudah dipanggil untuk melawatnya, manakala rakan-rakan penggiat seni setia memantau perkembangannya,” katanya lagi.
Turut berada di hospital ialah bekas suaminya, Faliq Amiruddin bersama anak mereka.
Barisan penggiat seni tanah air yang hadir termasukSharifah Amani, Sherry Alhadad, Aliff Aziz serta isterinya Bella Astillah, Didie Alias dan ramai lagi.
Terdahulu Nad Zainal dilaporkan dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan, di sini sejak dua hari lalu susulan masalah paru-paru berdarah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Primadona, Erra Fazira kini telah kembali sihat dah pulih seperti sedia kala daripada demam denggi, baru-baru ini.
Bintang berusia 46 tahun itu telah dijangkiti demam denggi pada 23 Julai yang lalu dan telah menerima rawatan sebuah hospital swasta terletak di Petaling Jaya.
Lalu, bintang filem Pasrah ini telah menitip ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dirinya kembali pulih.
“Alhamdulillahhhhh..Terima kasih kpd semua yg mendoakan kesembuhan saya.
“Syukur platelet dah ada peningkatan.. Dah bole balik n monitor dr rumah..
“Terima kasih kpd dr shamsul n nurses yg sgt baik melayan saya spjg berada di dalam hospital.. Moga Allah membalas kebaikkan semua..
“Terima kasih kawan2 yg sempat hadir ziarah.. maaf bukan tak kasi kawan2 dtg, tp dgn keadaan covid19, tidak digalakkan dtg ziarah ramai2.
“Yang penting titipan doa kalian sgt2 bermakna buat saya.. love all of you to the moon n back,” tulisnya.
Sejak kebelangan ini, isu mengenai para usahawan yang menerbitkan single meskipun tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian menjadi antara topik hangat yang diperkatakan oleh para pemain industri.
Ada diantara mereka yang menganggap kehadiran para usahawan atau pangasas produk ini sebagai ‘perosak’ di dalam industri seni tanah air.
Isu ini nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah penyanyi senior, Datuk Aishah Ariffin.
Menurut Aishah, di dalam industri yang berkembang pesat, tiada seorang pun yang berhak melarang sesiapa sahaja untuk menghasilkan karya mereka sendiri.
“Panas didebatkan mengenai founder-founder yang merakamkan single dan terjun dalam industri muzik. Siang-siang saya tulis tak payah kecam apa yang saya tulis. Ini adalah pendapat saya.
“Sebagai artis yang mencari makan berpuluh tahun dalam industri ini, saya faham dan dalam banyak hal, saya setuju dengan pendapat teman-teman artis.
“Tapi realiti sebenarnya sekarang, kita tak boleh halang sesiapa untuk merakamkan suara mereka. Cuma kalau kita boleh bekerjasama untuk menjaga quality produk yag dikeluarkan,” tulisnya.
Bagaimanapun, Aishah tetap merasakan sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri di dalam bidang nyanyian haruslah sekurang-kurang mempunyai ilmu asas agar hasil akhirnya nanti tidaklah terlampau teruk.
Katanya lagi, lagu yang ‘trending’ di platform media sosial tidak bermakna memiliki kualiti yang bagus.
“Ada kesedaran dan muhasabah diri dalam tahap bakat masing-masing. Contohnya, kita kena faham bahawa hakikatnya walaupun lagu kita trending itu tak bererti lagu dan nyanyian kita bagus. Ia sekadar content dalam akaun media social kita.
“Trending does not necessarily equals to talent. Boleh je kita sama-sama cuba support each other, dengan menggalakkan sesiapa yang nak buat rakaman pergilah sekurang-kurangnya belajar basic.
“Sekurang-kurangnya boleh hold a melody. Bahagian produksi pun boleh gunakan macam teknologi. Di luar negara tu ramai artis yang apa saya panggil ‘created’,” ujarnya lagi.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Aishah turut menyeru kepada pihak berwajib untuk memperkasakan matapelajaran muzik di peringkat sekolah agar didikan awal dapat diberikan sejak diusia muda.
“Pendengar juga kita kena ‘educate’ mungkin sudah masanya ada subjek basic music and appreciation’ di sekolah supaya orang-orang kita tahu menilai yang mana the real talent dan yg mana sekadar hiburan suka-suka.
“Chill…seni itu luas interpretasinya. Lets try to work out what is best for our music industry,” akhirinya.
Aishah turut menambah, semua pihak seharusnya berganding bahu agar industri muzik tanah air dapat berkembang ke tahap yang lebih baik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aishah Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!