“Moleiq Dah Request Adik, Siapa Setuju Aku Mengandung Lagi?,” – Ozlynn Wati

Share

Pelakon Ozlynn Wati ada ‘membuat rayuan’ untuk hamil lagi buat kali terakhir meski ia mendapat tentangan daripada ahli keluarganya.

Perkara tersebut didedahkan bintang versatil ini menerusi salah satu entri terkininya di Instagram.

Jelas Ozlynn, anak bongsunya yang mesra disapa Moleiq turut ‘meminta’ mahukan adik.

Perkongsian tersebut dikongsikan Ozlynn bersama lampiran foto sekitar majlis keraian sambutan hari lahir ibu, suami, pelawak dan penyampai radio Johan, serta anaknya Ariq dan Moleiq. 

“Selamat hari lahir buat papa, mak, ariq n moleiq, syg sgt2. Terima kasih semua yg bg hadiah, wish n doa.

“Moga segala doa yg baik itu berbalik pada kalian, buat adik bradik plsss la bg aku ngandung last, janji la last.

“Moleiq dh request adik tu.. sape setuju aku ngandung lg.. undian yg byk kira boleh hapuskan undian adik badik aku yg bangkang utk aku ngandung lagi. Anyway tq @cakesbyaiai sedap cakenya,” tulis Ozlynn.

Terdahulu, hasil perkongsian hidup bersama Johan, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.

MH meninjau ke ruangan komen pada entri berkenaan, ramai peminat yang terhibur sekaligus bersetuju andai pasangan ini dikurniakan cahaya mata lagi.

Foto: Instagram Ozlynn Wati

Published by
MH