Satu klip pendek yang dikongsikan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum memulakan persembahan di Instagram mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Siti yang mesra disapa TokTi dan pekerja hotel yang sedang membawa dulang dilihat masing-masing terkejut, menyebabkan Siti cuba mengelak sebelum masuk ke dalam dewan.
Pada Sabtu lalu, Siti menghiburkan kira-kira 600 peminatnya di dalam sebuah ‘showcase’, Queen Of The Night Siti Nurhaliza di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, situasi terkawal dan penyanyi Anta Permana itu turut menulis kapsyen seloroh.
“Moment sebelum masuk dewan .. hehehe.. Tanjat hadek. Saya pun rasa adik waiter tu terperanjat tengok saya. Tapi Alhamdullillah, takde apa-apa berlaku. Pinggan tak pecah dan saya perform macam biasa. Heheheh..(nasib baik saya tak latah, kalau tak dah keluar silat pulut saya tau!),” tulisnya.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan artis turut meninggalkan komen masing-masing. Antaranya;
“Dia terkejut nampak bidadari tu,” tulis Nabila Razali
“Nasib baik tak jatuh, terkejut sangat tu,” komen Nadia Brian.
“Harap waiter tu komen nanti kat sini,” respon seorang peminat.
“Alamak kita pun terkejut sekali,” antara komen lain yang tertera.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 75,000 tanda suka.
Terdahulu, ‘showcase’ yang mengambil tema Wanita & Inspirasi itu, Siti menghiburkan tetamu yang terdiri daripada golongan B40 menerusi seleksi 15 buah lagu, termasuk yang didendangkan secara medley.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI