
Terbaru, pengacara senior Datuk Aznil Haji Nawawi atau sinonim dipanggil Pak Nil ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Pak Nil telah berkongsi gambar ketika dia bersama penyanyi Anuar Zain pada majlis sidang media Star Vendor Fest di PWTC, semalam.
Menerusi ruangan kapsyen, Pak Nil telah memaklumkan dia sudah lama tidak bertemu dengan penyanyi Lelaki Ini itu.
“Bila lama tak jumpa. Moment yg ada kami isikan dengan kemesraan adik dan abang. Take good care of yrself lil bro!!! @anuarzain70”tulisnya.
Lantas, perkongsian penyanyi lagu Sedetik Lebih itu telah membalas di ruangan komen gambar tersebut.
“Rinduuuuu…!!! You look great as always Abangku!! Thank you for the wish. Saya doakan sejahtera buat Paknil.. much love!” balas Anuar.
Sudah lama tidak berjumpa tapi bila sekali berjumpa mesti rasa seronok dan gembira? Betul tak?
Foto : Instagram Aznil Hj Nawawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Che Ta Nak Kongsi Rezeki RM7 Juta Kepada 100,000 Wanita, Projek Mega Inai Sempena Raya

Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, inai ‘instant’ atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan Anas Zahrin dan Rozita Che Wan terus mencuri perhatian.
Malah pelbagai usaha dan rangkaian jenis inai sudah dilancarkan dalam tempoh berkenaan hingga menambat hati ramai dan berjaya menjadi jenama inai nombor satu di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Malah lebih membanggakan jenama berkenaan turut diiktiraf menjadi inai pertama dengan konsep telap air dan sah solat penggunaannya secara klinikal di atas kuku manusia.
Terbaharu, Set Kuku Letups Che Ta dengan harga ‘Rahmah’ berharga RM25 telah dilancarkan di Glam Hall, Damansara.
Menurut Rozita atau Che Ta selaku pengasas bersama, set ditampilkan akan diedarkan secara rasmi kepada seluruh ejen berdaftar satu Malaysia mulai 6 Mac ini.
“Kalau sebelum ini kerajaan perkenalkan Menu Rahmah dengan harga murah, kenapa tidak inai ini juga dihadirkan dengan konsep sama. Malah sejak diusulkan Anas sendiri, saya tak fikir panjang untuk meluluskan keinginannya.
“Harga jualan untuk set ini awalnya dicadangkan pada harga RM60, tapi selepas ditimbang tara kita memutuskan ‘harga rahmah’ berkenaan.
“Saya optimis set ini bakal menjadi kegilaan ramai wanita menjelang hari raya Aidilfitri kelak. Pendek kata ia berkualiti, sah solat, telap air dan tentunya mampu dimiliki semua golongan,” katanya.
Tambah Che Ta lagi, dia dan Anas turut mengalu-alukan 100,000 wanita tak kira status untuk menjana pendapatan bersama di musim Ramadan dan Aidilfitri ini.
“Lebih kurang RM7 Juta ingin kami kongsi bersama 100,000 wanita ini untuk projek ‘mega Inai Che Ta’ ini. Jangan berpeluk tubuh lagi, jom sama-sama kita jana pendapatan untuk bulan puasa dan raya ini,” kata Che Ta.
Sementara itu, Anas selaku pengasas utama jenama terbabit mensasarkan lebih 50,000 unit sasaran jualan bakal dicapai selama dua bulan dari Mac hingga April di Malaysia.
“Berdasarkan rekod kejayaan kami terdahulu, angka 50,000 untuk dicapai dalam tempoh dua bulan tidak mustahil. Saya dan Che Ta percaya dengan niat kami ingin terus membantu dan berkongsi rezeki dengan semua,” katanya.
Set Kuku Letups Che Ta didatangkan dengan tiga jenis warna iaitu Maroon Rose, Red Velvet dan Caramel.
Terdahulu, di dalam acara pelancaran pada Jumaat lalu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan memukau artis tanah air seperti Shiha Zikir, Datin Alyah, Indah Ruhaila, Bob Yusof, Hazama, Irfan Haris dan Imran Ajmain.
Majlis dianjurkan juga sebagai simbolik ukhuwah Che Ta dan Anas yang sudah terjalin hampir 13 tahun, selain menghargai rakan media dan peminat inai terbabit.
Pada majlis sama, Anas turut mengumumkan kejutan hadiah hari lahir ke 50 tahun 9 Mac ini buat Che Ta berupa tajaan pakej mengerjakan umrah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akim, Hazama, Black & Tomok ; 4 Vokalis Lelaki Dalam 1 Lagu – “Benda Susah Jadi Menarik Sebab…”

‘Empat penyanyi dengan empat karakter vokal yang berbeza bergabung, memang meletup!’ Itu yang dapat digambarkan menerusi kerjasama terbaharu dari empat penyanyi iaitu Akim Ahmad, Hazama, Black Hanifah dan Tomok.
Impian untuk menyaksikan gabungan mereka beraksi dalam persembahan konsert masih belum terlaksana ekoran penangguhan konsert 4G’s yang sepatutnya berlangsung pada 17 dan 18 April lalu di Istana Budaya akibat penularan wabak Covid-19.
Bagaimanapun, menerusi perkembangan terkini setakat ini, konsert tersebut dijadualkan akan berlangsung bulan depan pada 11 dan 12 Disember depan.
Mengikut perancangan, Akim, Hazama, Black dan Tomok bakal menyanyikan sebuah lagu baru yang dicipta khas untuk dipersembahkan pada konsert berkenaan.
Sudah pun dilancarkan, single berjudul “Suara Licik” hasil ciptaan Taja dan lirik oleh Ana Raffali itu disifatkan sebagai unik, bagi Akim.
“Rakaman lagu ini sangat unik. Melodi dan lirik lagu ini sangat bagus. Saya amat gembira dapat menyanyi dan merakam lagu ini bersama tiga rakan lain.
“Kebetulan ketika itu kami nak ada konsert, jadi perlukan satu lagu baru yang dinyanyikan bersama.
“Jadi karya ini sangat menarik untuk kami persembahkan kepada peminat.
“Diakui, merakamkan sebuah lagu bersama Hazama, Black dan Tomok memberi pengalaman luar biasa sebab masing-masing ada karakter dan keunikan suara tersendiri.
“Mereka semua penyanyi yang bagus. Sejujurnya, saya teruja bekerjasama dengan mereka dalam projek ini.
“Apabila bekerja dengan kawan-kawan, kita tak ‘stress’ kerana masing-masing berikan kerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain.
“Malah, kami cuba memberikan yang terbaik dalam sesi rakaman,” katanya yang turut berharap ia akan mendapat sambutan baik pendengar.
Pada masa sama, Black turut akui gembira dapat bekerjasama dengan Akim, Tomok dan Hazama.
“Perasaan sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan sahabat yang sama-sama suatu ketika dahulu membina nama dalam industri.
“Komitmen dan semangat yang diberikan mereka bertiga menunjukkan yang mereka juga berasa tidak sabar untuk lagu ini diputarkan. Malah, tidak sabar nak dipersembahkan secara langsung pada konsert.
“Alhamdulillah, kami sudah pun mendapat tarikh baru konsert yang tertunda ini. Insya Allah, kalau tiada aral melintang 11 dan 12 Disember akan berlangsung konsert 4G’s,” katanya lagi.
Manakala bagi Tomok pula, bekerjasama dalam lagu bersama tiga rakan penyanyi lain buat pertama kali menjadi sesuatu yang menarik dan istimewa.
“Alhamdulillah, lagu ini sangat istimewa sebab saya rasa ini pertama kali kami digabungkan bersama dalam satu lagu. Sebenarnya, bergandingan dengan semua sahabat saya ini satu perkara yang sangat menarik.
“Benda susah jadi menarik sebab kami tolong antara satu sama lain.
“Jadi, hasilnya menarik sebab semua kawan-kawan dalam ini. Sepatutnya, lagu kami dipersembahkan pada konsert tempoh hari, tapi disebabkan Covid-19 terbatal namun ia tak mematahkan semangat kami untuk teruskan konsert itu.
“Pada malam konsert itu nanti, kami akan persembahkan kepada semua. Saya sangat ‘looking forward’ pada lagu ini supaya ia diterima dan dekat di hati peminat. Saya harap lagu ini dapat sokongan semua,” katanya lagi.
Sementara itu, Hazama menyifatkan kerjasama dengan Akim, Tomok dan Black istimewa kerana mereka saling memberi tunjuk ajar.
“Pengalaman bersama mereka bukan sahaja dalam lagu ini malah semasa kami bersama-sama di dalam industri. Ketiga mereka ini banyak memberi tunjuk ajar serta boleh menerima pandangan antara pihak yang lain.
“Mereka tidak kedekut memberi ilmu serta memberikan komitmen yang sangat tinggi sewaktu merakamkan lagu ini. Kami juga bukan sahaja sahabat dalam indusri malah sangat rapat di luar pentas,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Buat Semua Yang Mendoakan,” – Nenek Syamel Meninggal Dunia, Al-Fatihah…

Penyanyi Syamel berkongsi khabar dukacita apabila neneknya baru sahaja meninggal dunia.
Berita sedih itu dikongsi menerusi laman Instagram miliknya.
Bagaimanapun punca kematian tidak dinyatakan.
Penyanyi itu turut menyatakan ucapan penghargaan buat kakitangan hospital di ruang Insta Story.
“Al-Fatihah buat Wan (nenek) Bangmel. Telah menghembuskan nafasnya yang terakhir tadi. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” kongsi penyanyi Takkan Terlerai ini.
Al-Fatihah.
Foto : Instagram Syamel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI