“Moment Paling Gila Tilla Pernah Buat,” – Syatilla Melvin Pakai Gincu Dan Promosi Produk Waktu Bersalin

Share

Pelakon Syatilla Melvin berkongsi ‘kegilaan’ yang pernah dilakukan dalam hidup iaitu bersolek dan mempromosi produk miliknya sewaktu ingin melahirkan anak.

Menerusi foto tersebut, ibu kepada dua anak itu dilihat lengkap berpakaian biru hospital dan sedang dalam proses melahirkan anak dengan cara pembedahan.

Apa yang menarik, isteri Shaheizy Sam itu dengan yakin mengenakan gincu dengan paparan produk di tepi kepala.

 “Ni moment paling gila yg tilla pernah buat dlm hidup!!!!!!dlm oT room beranakkan sarima!!

“Jom share dgn tilla apa BENDA YANG PALING GILA hampa pernah buat dlm hidup! Tilla nk baca satu2.

.

Btw ni edition ZAHIR BATIN our 1st baby @kekasih_hq #satukekasihcukupke,” kongsinya.

Pasangan Syatilla dan Shaheizy berkahwin pada Februari 2016 dan menerima dua cahaya mata sulung Syeriv Samheizy dan Sarima.

Foto : Instagram Syatilla Melvin

Published by
Noraini Abd Wahab