
Awal semalam, pelakon cantik Niena Baharun ada menitipkan dedikasi khas buat anak sulungnya yang kini sudah pun mencecah usia setahun.
Diberi nama Adiel Mikael, permata hati Niena dan suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim dilahirkan pada 24 Oktober 2018.
“Happy 1st Birthday @adielmikael. Mommy & daddy loveeeee you so much. And thank you Allah swt for this precious gift! #alhamdulillah#24102018,” tulisnya sambil dihujani dengan ucapan tahniah dan selamat ulang tahun pertama buat si kecil oleh peminat.
Niena, yang mula mencuri tumpuan selepas muncul menerusi drama bersiri, Jangan Benci Cintaku mendirikan rumah bersama suami berkahwin pada 1 Februari 2018 di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bahru, Kelantan.
View this post on InstagramSetinggi tinggi menara KLCC, tinggi lagi sayang i pada you.. 🤪🤗😘 #bodeksikitehemm
A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on
Foto: Instagram Niena Baharun
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pada Tubuhnya Yang Sederhana, Tersimpan Kekuatan & Kebijaksanaan,” – Perkahwinan Fedtri Yahya Genap 12 Tahun, Ini Dedikasi Pada Isteri

Pengacara terkenal, Fedtri Yahya menitipkan ucapan penuh makna buat isteri tercinta, Nur Anati Ismail bersempena genap ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.
Menurut Fedtri, dia sangat bersyukur kerana dikurniakan pasangan hidup yang telah banyak berkorban serta sentiasa ada bersamanya dikala susah dan senang.
“Pejam celik. Alhamdulillah. 12 tahun. 28 Mei hadir lagi. Terima kasih pada-Mu ya Allah kerana pertemuan dan ikatan ini. Syukur kerana mengurniakan seorang bidadari yang sentiasa ada di sisi kala susah dan senang.
“Syukur atas kurniaan cahaya mata yang menceriakan hidup. Syukur atas segala nikmat dan rezeki. Tak terbalas jasa dan pengorbanan bidadari cinta yang berbuat apa saja demi kebajikan keluarga,” tulisnya.
Nukilan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Malaysia Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Menurut Fedtri lagi, dia tidak mampu untuk membalas setiap jasa isterinya itu sebaliknya hanya berharap Allah memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda.
“Pada tubuhnya yang sederhana, tersimpan kekuatan dan kebijaksanaan luar biasa yang Allah saja mengetahui. Moga Allah membalas sebaik-baik ganjaran buat bidadari cintaku.
“Tiada hadiah yang selayaknya di atas muka bumi ini untuk diberikan. Hanya Engkau selayaknya memberi pahala dan kebaikan. Moga Allah lindungi kita semua selalu selamanya. Amin ya Allah.
“Allah Maha Baik. Semuanya indah.
Maha Cinta. Kita menumpang di bawah teduhan kasih-Nya,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersebut membaca nukilan tersebut selain turut mendoakan semoga Fedtri sekeluarga akan terus bahagia hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah, tahniah. Semoga rumah tangga sentiasa diberkahi sakinah mawaddah warahmah.
“Happy anniversary. Semoga yang indah-indah terus bersama abang dan keluarga. Sampai syurga.
“Moga terus dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya sehingga syurga.
“Alhamdulillah, tahniah. Didoakan semoga kalian berbahagia hingga ke syurga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Fedtri dan Nurul Anati telah berkahwin pada Mei 2011 dan kini dikurniakan empat orang cahaya mata Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setiap Kali Nampak Posting Adik Ni, Auto Sedih,” – Tiz Zaqyah Ziarah Remaja Hilang 6 Ahli Keluarga, Netizen Ikut Sebak

Pelakon, Tiz Zaqyah akui berbesar hati apabila berkesempatan untuk menziarahi Abdur Rahman Amir Ruddin yang kini bergelar yatim piatu selepas ibu bapa serta empat adik beradiknya maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September lalu.
Menurut Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, dia dan beberapa rakannya yang lain datang ke rumah ibu saudara Rahman untuk menyerah wang derma daripada orang ramai.
“Alhamdulillah dapat juga rezeki melawat adik Rahman petang tadi di rumah Makciknya di Muar. Alhamdulillah,ramai juga yang datang melawat,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Liar itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Tiz turut mendoakan semoga Rahman dan adiknya sentiasa diberikan ketabahan untuk menempuh detik sukar ini.
“Terima kasih juga kepada yang menderma. Semoga Allah swt permudahkan semuanya untuk adik Rahman. Salam Takziah. Al-fatihah,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sebak selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Rahman sekeluarga.
“Sembab mata dia. Kesiannya la. Harap mental dia kuat.
“Allahu, setiap kali ternampak post pasal kisah ni auto sedih dan sebak sampai tahap nak nangis.
“Terima kasih orang-orang baik yang datang ziarah dan mendoakan Adik Rahman. Semoga Allah mengangkat segala kesedihan Adik Rahman dan permudahkan segala urusannya.
“Sedikit keceriaan di wajah adik tu. Alhamdulillah. Terima kasih Tiz dan team,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Tragedi memilukan itu meragut nyawa pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Noorahimah Noor Muhamad, 43. Empat lagi anak pasangan itu, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, turut terkorban.
Mereka sekeluarga dilaporkan dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.
Tujuh beranak itu menaiki Perodua Alza dan pada hari kejadian, hanya Abdur Rahman tidak ikut bersama kerana ada urusan lain.
Sementara itu, adik kepada Rahman, Abdullah terselamat dalam tragedi meragut enam sekeluarga itu, masih lagi menerima rawatan di ICU.
Bagaimanapun, keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih memerlukan alat bantuan pernafasan serta pemantauan pihak hospital selepas menjalani pembedahan semalam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tiz Zaqyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari Ni Kita Dapat RM19,000 Jualan,” – Hari Akhir Niaga Air Balang, Syahmi Sazli Murah Hati Beri Tip RM1,000 Buat 15 Pekerja

Selepas mengambil keputusan untuk menutup sementara perniagaan air balang yang diusahakannya sejak Ramadan lalu, pengarah dan YouTuber, Syahmi Sazli secara langsung terpaksa melepaskan pekerjanya seramai 15 orang.
Menerusi Instagram, Syahmi meluahkan rasa penghargaan terhadap para pekerjanya selain mengucapkan terima kasih di atas dedikasi yang telah diberikan.
“Terima kasih pekerjaku, InsyaAllah ada rezeki kita bekerjasama lagi,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Sementara itu, pengarah filem Mael Totey menerusi video posting berkenaan turut memberikan tip gaji berjumlah RM1,000 pada setiap pekerjanya.
“Untuk hari ni kita dapat sebanyak RM19,000 jualan. Malangnya kita takde rezeki nak meneruskan jualan air balang kita ni. Selepas dua bulan setakat ini dulu, selepas beberapa isu dan faktor.
“Kita putuskan untuk berhenti di sini. Tapi kesianlah dekat pekerja ni, berhenti mengejut. Selalunya ada notis.
“Jadi sebabkan kesian dekat korang, biasanya seminggu dapat gaji 2,3 ratus kan. Hari ni 15 orang ni…kita bagi RM1,000 seorang. Sementara kita buka pulak, ada la duit untuk perbelanjaan,” katanya.
Dedikasi tersebut menerima reaksi baik pekerja selain ada yang turut sebak dengan penghargaan yang diberikan majikan.
Malah di ruangan komen, rata-rata pengikut di Instagram memberikan pujian terhadap Syahmi sebagai majikan prihatin selain turut sebak sejurus menonton video yang sudah pun menerima lebih 300,000 tontonan itu.
Terdahulu, Syahmi mendedahkan untuk terpaksa menutup perniagaan minuman berkenaan susulan rasa bimbang sekiranya lokasi jualan itu mengganggu ruang parkir orang lain.
Keputusan tersebut juga dibuat disebabkan beberapa faktor lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI