“Mommy And Daddy Love You So Much,” – Genap Setahun, Datin Niena Baharun Imbau Foto Anak Baru Lahir

Share

Awal semalam, pelakon cantik Niena Baharun ada menitipkan dedikasi khas buat anak sulungnya yang kini sudah pun mencecah usia setahun.

Diberi nama Adiel Mikael, permata hati Niena dan suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim dilahirkan pada 24 Oktober 2018.

“Happy 1st Birthday @adielmikael. Mommy & daddy loveeeee you so much. And thank you Allah swt for this precious gift! #alhamdulillah#24102018,” tulisnya sambil dihujani dengan ucapan tahniah dan selamat ulang tahun pertama buat si kecil oleh peminat.

Niena, yang mula mencuri tumpuan selepas muncul menerusi drama bersiri, Jangan Benci Cintaku mendirikan rumah bersama suami berkahwin pada 1 Februari 2018 di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bahru, Kelantan.

Foto: Instagram Niena Baharun

Published by
MH