“Mommy, Cari La Daddy Baru?,”- Ini Permintaan Anak Rita Rudaini. Terkedu Ke Tidak Si Ibu Bila Dengar Permintaan Anak?

Share

Pelakon, Rita Rudaini berkongsi perbualan antara dia dan anaknya, Airit Rayyan Rizqin di dalam kereta, baru-baru ini.

Kisahnya, Rayyan meminta agar Rita mencari ‘daddy’ baru buat dia dan adiknya, Airit Rafqa Arjuna.

“Perbualan mlm td masa otw balik dr shotg…slalu ajak ryan borak sbb xnk dia tertido dlm keta.

“Ryan : mommy cari la daddy baru?

“Mommy : nape plak tiba2 suh mommy Cari daddy?

“Ryan : ryan nak dia ajar main bola..

“Mommy : mmmm klau daddy baru tu xpandai main bola mcm mana?

“Ryan : mommy cari la footballer…

“Mommy : (krik2) .

“Perbualan ibu n anak terhenti di situ sbb mommy xreti nk jwb mcm mana supaya logik di terima akal ryan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Rita yang juga turut berkongsi fotonya bersama patung lilin, Cristiano Ronaldo bagi memenuhi permintaan ‘daddy’ baru anak-anaknya.

“Nah! Mommy dah dpt Daddy baru yg hebat btuiiii lah main bola…..tp awai2 mommy dah sumpah dia jd patung supaya xkena rembat dgn org,” tulisnya.

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang terhibur dengan kapsyen Rita itu.

Malah, ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat Rita dan anak-anaknya.

Sebelum ini, Rita dan bekas suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak sah bercerai talak satu pada tahun 2013 lalu. Hak penjagaan kedua-dua anak mereka, adalah pada pelakon filem Mami Jarum itu.

Foto/Instagram: Rita Rudaini

Published by
Khaleeda Rashikin