Penyanyi dan penulis lagu, Asfan Shah berkongsi khabar gembira selepas memaklum isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka pada Sabtu.

Menurut Asfan, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana segala urusan isterinya saat melahirkan cahaya mata perempuan itu telah pun dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AsfaniA Official (@asfanshah)

“Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Isteri saya telah selamat melahirkan baby ke 4 kami malam semalam.

“Thank you pada semua yang mendoakan. Paling best mommy dah ada kawan dah lepas ni, nak gi shopping nak gi nursery, nak gi pasar. Hihi.

“Selamat datang sayang daddy si baby girl. 3 imam 1 ma’mum untuk family ni. Khalas,” tulisnya.

Ads

“Mommy Dah Ada Kawan Nak Pergi Shopping, Nursery & Pasar…,” – Asfan Shah Dapat ‘Baby Girl’, Hajat Isteri Dimakbulkan “Mommy Dah Ada Kawan Nak Pergi Shopping, Nursery & Pasar…,” – Asfan Shah Dapat ‘Baby Girl’, Hajat Isteri Dimakbulkan

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Sumpah Cintaku itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Asfan turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.

“Mommy Dah Ada Kawan Nak Pergi Shopping, Nursery & Pasar…,” – Asfan Shah Dapat ‘Baby Girl’, Hajat Isteri Dimakbulkan “Mommy Dah Ada Kawan Nak Pergi Shopping, Nursery & Pasar…,” – Asfan Shah Dapat ‘Baby Girl’, Hajat Isteri Dimakbulkan

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga anaknya itu membesar dengan baik dan sihat.

“Alhamdulillah, congrats Abang Asfan dan Kak Ain.

“Congrats Asfan and Ain.Baby Girl on board.

“Alhamdulillah, tahniah My Man. Semoga zuriat ini berjaya di dunia dan akhirat serta membahagiakan kedua ibu-bapanya kelak.

Ads

“Welcome to the world baby girl,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Asfan telah pun mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Ain Sakinah pada tanggal 23 Ogos 2013.

“Mommy Dah Ada Kawan Nak Pergi Shopping, Nursery & Pasar…,” – Asfan Shah Dapat ‘Baby Girl’, Hajat Isteri Dimakbulkan

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun terlebih dahulu dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Ali Haytham Shah, Ali Wakeel Shah dan Ali Binyameen Shah.

Sumber: Instagram Asfan Shah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI