“Mommy Mengidam, Siapa Tahu Nak Beli Dekat Mana,”- Fazura Teringin Ayam Penyet, Fattah Amin Minta Bantuan Followers

Share

Baru sahaja mengumumkan dirinya kini hamil empat bulan, pelakon, Nur Fazura difahamkan sudah mulai mula mengidam menu tertentu sebagai ibu mengandung.

Menerusi entri terkini di laman Twitter,

Fazura mendedahkan dia kini amat teringin untuk menjamah hidangan ayam penyet.

Lalu, bintang Pisau Cukur ini dilihat ada meminta para pengikutnya untuk mencadangkan lokasi terbaik yang menyediakan menu makanan Indonesia tersebut.

“Alamak, teringin makan Ayam Penyet. Di mana yang sedap ya?

“Boleh mohon suggest kat Faz tak? Esok nak bungkus (hari ini),” tulisnya.

Sementara itu, suaminya yang juga merupakan pelakon, Fattah Amin turut meminta cadangan daripada rakan Twitter untuk memenuhi permintaan isterinya itu.

“Mommy mengidam siapa tahu nak beli dekat mana,” kongsinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkembangan terkini Fazura selain turut mencadangkan beberapa lokasi yang menyediakan menu ayam penyet tersebut.

Minggu lalu, Fazura mengumumkan dirinya kini hamil selepas dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Fattah Amin.

Pasangan tersebut dijangka akan menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada akhir tahun ini.

Sumber: Twitter Nur Fazura & Fattah Amin

Published by
Aizam Manaf