Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang selamat melahirkan anak perempuan jam 1.30 pagi semalam.
Bayi dengan berat 2.79 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.
Menurut Ain, meski dia merasakan bakal menimang anak lelaki, namun dia dan suami menerima kehadiran ‘baby girl’ dengan hati terbuka dan bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.
“Ain awalnya meneka akan melahirkan anak lelaki, manakala suami pula menebak anak sulung kami jantina perempuan.
“Nampaknya tekaan suami saya yang betul. Apapun jantina, saya dan suami menyambut tanda cinta kami ini dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa itu berkata hingga saat ini dia tidak menyangka akan bergelar ibu.
“Memang kalau cakap dah jadi ibu, saya sendiri rasa macam di awang-awangan. Tapi semestinya saya dan suami mengharapkan rumah tangga kami akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung.
“Harapnya tanggungjawab baru ini akan saya pikul sebaik mungkin. Insya-Allah. Syukur juga proses kelahiran anak sulung kami dipermudahkan,” katanya lagi.
Terdahulu gelagat Ain berkongsi video di aplikasi TikTok sementara menanti detik bersalin nyatamencuri tumpuan ramai.
Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada 13 Disember 2019.
Usahawan yang juga merupakan ibu kepada selebriti popular, Neelofa, Datin Noor Kartini akui berasa bertuah kerana dikurniakan suami yang penyayang dan menerima dirinya seadanya.
Menurut Kartini, meskipun suaminya, Datuk Abdul Halim Khan memiliki perwatakan yang tegas namun, dia tetap mengambil berat mengenai perihal keluarga.
“Uncle ni sebenarnya masa mama kenal dia dulu dia seorang yang garang tapi dalam hati mama tahu uncle baik sebab dia sanggup terima mama dengan lima anak-anak mama.
“Dulu masa anak-anak kecil memang uncle tak bagi mama buat kerja uncle cakap ‘you jaga anak je’ tapi mama nakal ada juga jual senyap-senyap tapi uncle tahu sebenarnya,” tulisnya di Instagram
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Kartini bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25 baru-baru ini.
Katanya lagi, hubungan mereka juga makin bertambah mesra dan dipenuhi kasih sayang sejajar dengan usia perkahwinan mereka
“Lama lama bila mama lembut dengan uncle, mama nampak uncle sebenarnya mungkin masih dalam proses nak berkenalan dengan mama, ye la kami kan kenal sekejap je then kahwin.
“Alhamdulillah dah masuk 25 tahun mama bahagia, Allah hadirkan suami yang penyayang, penuh dengan ihsan dan empati terhadap ramai orang. Dia banyak mengajar mama menjadi ibu dan isteri yang lebih baik.
“Dari dulu sebagai isteri mama selalu jadi isteri yang tidak meminta-minta tetapi memang uncle selalu hadiahkan mama macam-macam mungkin asbab kebaikan dia kepada mama sebagai isteri Allah kurniakan dia rezeki berjaya,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga rumah tangga Kartini dan suaminya akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Happy anniversary love birds. May your beautiful journey together last sehingga ke akhir hanyat. Aamiin.
“Mashaallah somoga bahagia hingga jannah.
“Happy tengok mama dan uncle ni. Sweet sokmo. Becinta sehingga ke syurga.
“Sangat inspiring Aunti Tini. Semoga bahagia dan kekal till jannah.
“Semoga sentiasa dalam rahmat Allah mama,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Selama 25 tahun perkahwinan mereka, Kartini dan suaminya dikurnikan empat orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Noor Kartini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokalis Wings, Datuk Awie berharap agar semua pihak tidak terlalu cepat menghukum selepas kumpulan tersebut mengumumkan bakal mengadakan showcase istimewa di bulan Ramadan nanti.
Menurut Awie, selain persembahan Wings, showcase Wings Semarakkan Malam Cinta Ramadan yang kini memasuki penganjuran kali ketujuh ini turut bakal diisi dengan program santapan rohani dan keagamaan.
“Saya faham, mungkin ada segelintir pihak yang akan mempertikaikan tindakan kami mengadakan showcase di bulan Ramadan. Mungkin ada yang aggap tindakan kami ini gila.
“Namun, showcase kami ini juga penuh dengan pengisian rohani dan agama. Sebelum berbuka, kita akan adakan takzkirah dan bacaan Al-Quran.
“Selepas berbuka pula, kita akan mengadakan solat Magrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah. Kemudian, baru kita buat persembahan.
“Kita fikirkan segala aspek tersebut tetapi orang yang tidak hadir, memang akan menghentam. Datang dahulu, baru mereka akan tahu,” katanya kepada MH.
Awie berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media showcase tersebut yang berlangsung di Times Square pada Rabu.
Bakal menampil kelainan, Awie memaklumkan Wings amat teruja untuk membawakan lagu-lagu berentak kerohanian dan selawat.
“Kami akan lebihkan lagu-lagu perjuangan, islamik, cintakan keluarga dan alam. Lagu-lagu Wings pula mungkin kami akan bawakan dalam beberapa buah sahaja.
“Kami juga akan membawakan lagu-lagu nasyid lama dan baharu seperi daripada kumpulan Al-Jawahir, Sani Sahuri dan Maher Zain. Malah, lagu-lagu selawat juga akan kami persembahkan.
“Kami mahu semua yang hadir pada malam itu akan raikan program ini dengan hati yang terbuka. InsyaAllah, sama-sama kita cari jalan-jalan yang lebih positif, ujarnya lagi.
Ketika ditanya, mengapa Wings memilih untuk membawakan lagu-lagu nasyid lama, ini respon Awie;
“Kenapa nak simpan lagu-lagu sedap ini? Lagu-lagu ini mempunyai makna-makna yang sangat indah. Lagu-lagu daripada Al-Jawahir dan Sani Sahuri ini sangat popular sewaktu kami kecil.
“Ketika itu, kami masih lagi remaja dan belum betul-betul kenal apa itu rock, pop, dan balada. Bila dah berusia ini, kami teringin untuk menyanyikan semula.
“Kami akan cuba mencantikkan lagu tersebut tidak merosakkan merosakkannha. Kami tidak akan menggangu soal melodi dan ia akan kekal sebegitu.
“Kami akan cuba buat yang terbaik. Kami mahu halwa telinga yang mendengar akan rasa tenang bila kami bawakan lagu-lagu kerohanian ini. Moga ia juga jadi siulan,” katanya lagi.
Showcase bakal berlangsung di Berjaya Times Square Hotel pada 8 April depan.
Tiket pula akan dijual mengikut kategori Table VVIP (RM15,000), Table VIP (RM12,000) Table Platinum (RM8,000), Table Gold (RM6,000) dan Table Silver (RM4,000).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.