“Mommy Pun Gembira 12kg Hilang,” – Lebih 30 Hari Bersalin, Elfira Loy Dalam Misi Capai Figura Ideal

Share

Pelakon, Elfira Loy teruja apabila pertama kali membawa anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf melakukan pemeriksaan (check up) untuk perkembangan dirinya.

Dalam masa sama, Elfira teruja apabila berat badanya mulai berkurang sebanyak 12kg.

“His first checkup went well , and mommy pun happy 12kg gone , 10 more kgs to go okayyyyy. Fuhhh. Mencabar betul,” tulisnya ringkas.

Foto tersebut melihatkan Elfira sedang pangku Rayyan sambil menatap wajahnya di sebuah hospital.

Lantas, foto tersebut dihujani komen yang pelbagai netizen.

 

Terdahulu, Elfira selamat melahirkan anak sulungnya secara normal pada 1 Oktober lalu seberat 3.68kg.

Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.

Foto : Instagram Elfira Loy/ Faris Anuar

Published by
MH