“Mommy Sedih Sampai Sakit Dada, Pada Masa Sama Gembira,”- Rita Rudaini Sebak Sebab Pertama Kali Berjauhan Dengan Anak

Share

Pelakon, Rita Rudaini tidak dapat menahan sebak sewaktu menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang bakal menyambung sesi persekolahannya dia sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menurut Rita, perasaannya pada ketika itu amat bercampur baur kerana ini merupakan kali pertama mereka bakal berjauhan untuk jangka masa yang agak lama.

@ritrud727Sy ibu yg normal…rasa sakit,rasa pedih itu dah biasa…mcm mana hujan lebat hari ni mcm tau deras nya airmata sy harini…airmata gembira bercampur dgn sebuah rasa…rasa itu adalah rasa cinta..syg..rindu..kami tidak pernah berenggang…harini kami berjauhan….mommy sedih sampai dada sakit dlm pd masa yg sama mommy gembira dgn anak yg hanya di besarkan oleh ibu tunggal,melangkah setapak lg ke hadapan…mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kanan mu 🤍 fly high Airit Rayyan Rizqin..

♬ original sound – Rita Rudaini

“Saya ibu yang normal. Rasa sakit dan rasa pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tau derasnya air mata saya hari ni.

“Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa. Rasa itu adalah rasa cinta, sayang dan rindu. Kami tidak pernah berenggang. Harini kami berjauhan,” luahnya.

Malah, sepotong video yang memaparkan Rita sedang berpelukan dan mengucapkan selamat tinggal buat anaknya itu turut dikongsikan di akaun Tik Tok miliknya.

Pelakon drama, Shah Alam 3000 ini turut menzahirkan rasa bangga melihat pencapaian anaknya itu meskipun terpaksa membesarkannya secara seorang diri.

“Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada masa yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal dan melangkah setapak lagi ke hadapan.

“Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kananmu. Fly high Airit Rayyan Rizqin,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Airit akan sentiasa menjadi anak yang membanggakan ibunya.

“Tahniah Rita kuat besarkan anak-anak. Hebat awak.

“Alhamdulillah. Tahniah buat anak Rita. Sebak tengok. Tahniah buat Rita juga.

“Tahniah buat ibu dan anak. Seorang ibu yang sangat kuat. Semoga Allah senitasa permudahkan urusan keluarga Rita.

“Memang suka tengok cara Rita didik anak-anak. Semoga menjadi anak yang soleh yang membawa ibu ke syurga.

“Tahniah Rita. Hebatnya awak. Semoga anak awak berjaya dunia akhirat,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sehinggga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 900,000 jumlah tontonan di aplikasi Tik Tok.

Sekadar informasi, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Razak pada 2008 sebelum memutuskan untuk bercerai pada September 2013.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram & Tik Tok Rita Rudaini

Published by
Aizam Manaf