Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Charms, Nur Bashirah Hussin atau lebih dikenali dengan sapaan Mommy Syira mengingatkan pengguna supaya berhati-hati ketika membuat pilihan terhadap produk kecantikan di pasaran yang menjanjikan perubahan dengan pantas atau ‘sekelip mata’.
Ini kerana, setiap produk kecantikan sebenarnya perlu diproses di kilang yang mempunyai kelulusan Amalan Pengilangan Baik (GMP), Kementerian Kesihatan (KKM) serta lulus ujian makmal sebelum di pasarkan.
“Saya berasa amat kecewa dan terkilan apabila masih ramai lagi pengguna yang masih mendapatkan produk kosmetik tiruan di pasaran yang dicemari kotoran dan berbahaya untuk kesihatan.
“Bahan produk kosmetik timbang kilo ini kebiasannya tidak mengutamakan kebersihan serta mengandungi campuran bahan meragukan serta dihasilkan tanpa penyelidikan dan analisis makmal.
“Disebabkan itu, ramai pengguna yang mengadu wajah mereka mengalami kegatalan, kulit makin berjerawat, menggelupas, kulit terbakar, melepuh dan muncul tompok hitam jeragat,” katanya.
Penggunaan produk tiruan atau kosmetik timbang kilo yang tidak terkawal mampu mengancam nyawa serta memberi kemudaratan kepada kesihatan pengguna pada jangka masa panjang.
Lebih membimbangkan bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone, merkuri dan tretinoin antara yang dikesan paling banyak terdapat dalam produk timbang kilo di pasaran ketika ini.
Tambahnya lagi, kandungan merkuri dan tretinoin yang tidak terkawal dalam produk kosmetik timbang kilo bakal memberi risiko tinggi kepada pengguna apabila berdepan masalah seperti ruam dan iritasi pada kulit, juga penyakit kronik seperti buah pinggang dan kerosakan saraf.
Lalu, Charms tampil memberikan yang terbaik kepada para pengguna dalam masa sama tidak mengabaikan kualiti produk serta menitikberatkan soal keselamatan produk.
Pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Pusat Penyelidkan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bagi menjalankan kajian analisa produk mengenai anti penuan, komposisi kimia serta validasi halal terhadap kesemua produk kecantikan yang diusahakan.
Menurutnya, kajian dan analisa produk yang menelan kos lebih RM50,000 itu akan mengambil masa selama enam bulan sejak November lalu sebelum keputusan ujian dikeluarkan.
“Pihak UTHM juga akan mengambil masa 18 bulan bagi menerbitkan jurnal berkaitan serta memasuki pertandingan produk kosmetik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Keseluruhan kos yang berjumlah lebih RM50,000 akan digunakan dalam menjayakan keseluruhan projek ini.
“Kerjasama dua hala ini juga selaras dengan saranan kerajaan Malaysia dalam melahirkan tenaga mahir mencukupi yang sesuai dengan keperluan sektor dimana para pelajar UTHM akan menjadi pembantu penyelidik dalam kajian yang dijalankan seterusnya mereka bakal menimba pengalaman sebelum ke dunia sebenar.
“Kami berharap jalinan kerjasama ini sentiasa berterusan dan menjadi titik permulaan kearah industri pengusaha produk yang lebih baik,” katanya.
Diperkenalkan sejak tahun 2012, Charms dihasilkan dari bahan-bahan selamat, bersih dan halal mengikut Syarak serta mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.