Anak lelaki kepada selebriti versatil, Didie Alias iaitu Muhammad Dhanial bakal mendirikan rumah tangga pada Sabtu.

Lebih sayu, perkahwinan anak lelaki sulung Didie tidak ‘ditemani’ bapa Dhanial iaitu Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 4 Mei lalu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Didie atau nama sebenar, Fadzilah Mohd, 51, mendoakan agar anaknya itu kuat menjelang hari bahagia esok.

“Menghitung hari, mommy dan daddy doakan semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar untuk Abang.

“Mommy tahu Abang kuat. Mommy akan sentiasa berada di sisi Abang tak kira apa pun yang berlaku.

“Ya Allah Ya Tuhanku Kau berilah kekuatan buat anakandaku Muhammd Dhanial untuk hari bahagia yang akan diraikan. Amin ya rabbal al amin,” tulis Didie di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Didie juga turut memuat naik sebuah video memperlihatkan kesemua rombongan anak-anaknya serta saudara-mara di lapangan terbang menanti untuk berlepas ke Tawau, Sabah untuk majlis pernikahan dan persandingan Dhanial.

“Doakan perjalanan kami,” tulis Didie.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Allahyarham Ridzuan meninggal dunia pada 4 Mei lalu akibat serangan jantung ketika sedang menikmati sarapan bersama Dhanial yang menetap sekali dengan bapanya.

Didie dan Allahyarham mendirikan rumah tangga pada 1991 namun bercerai pada 2022.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, 30, Muhammad Dhanial, 29, Nur Dinie, 27, Nur Dayini, 25, dan Nur Diyana, 24.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI