Selepas melahirkan anak keduanya pada 2 Januari lalu, pelakon dan usahawan Mawar Rashid mendedahkah dia kini telah kembali berkerja demi membantu keluarganya.
Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Rashid memaklumkan anak perempuannya, Raden Seri Rossabella Cinta itu juga sudah genap mencecah usia lebih dua bulan.
“Sorry Raden Seri mommy. Mommy terpaksa bekerja walaupun Cinta baru 2 bulan.
“Mommy kene ambil peluang ni demi nak bantu daddy, demi anak2 mommy, demi abai n kakak abg mommy, demi mawarose squad.
“You guys are my life @rossabellacinta @mawarosehq,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Menerusi pautan foto permata hatinya itu, rata-rata peminat memuji kecomelan wajah anak perempuan Mawar di ruangan komen.
Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael, yang kini berusia 2 tahun.
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Last-Last Bil Kena RM3k,” – Tak Lokek Belanja Kawan, Nabil Dihujani Doa Peminat Moga Murah Rezeki Selalu
Hos dan penyampai radio, Nabil Ahmad dilihat berkongsi rezeki bersama rakan-rakan sekerjanya ketika singgah di sebuah cafe popular.
Menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagram rasmi ERA, Nabil yang bersama pasukan stesen radio terbabit di dalam perjalanan ke Kedah bersempena dengan program TouERA 2022.
Difahamkan, pengacara Gegar Vaganza itu membelanjakan wang sendiri dengan membeli minuman dan bekas tumbler untuk rakan-rakan sekerjanya di ERA.
“Mula-mula harga kopi RM300 je guys, @nabilzira cakap murah sangat. Dia suruh ambik tumblr. Last-last bil kena RM3k.
“Lain macamlah Nabil punya pemurah. Thank you @nabilzira belanja kitaorang hari ini,” tulis kapsyen terbabit.
Sementara itu di dalam video sama, Nabil turut meluahkan perasaannya.
“Gembiralah. Hari Jumaat ni hari yang paling berkat,”kata Nabil selepas ditanya mengenai kemurahan hatinya belanja kawan-kawan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji Nabil selain mendoakan semoga dia terus dimurahkan rezeki.
Hantaran tersebut sehingga kini mencapai lebih 11,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nyanyi Lagu Rap Khas Untuk Arwah Abam, Kanak-Kanak 11 Tahun Ini Jadi Perhatian
Meski sudah enam hari pelawak Abam Bocey meninggal dunia, namun, jasa dan namanya masih diperkatakan ramai.
Mana tidaknya, setiap perkara yang dilakukan arwah sudah cukup membuatkan orang ramai terkesan dengan amalan kebaikannya bersama keluarga, sahabat, anak yatim, peminat dan sesiapa yang mengenalinya.
Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Irysya Asyreena atau mesra disapa Isya telah menyanyikan lagu khas untuk arwah Abam bertajuk Pemergianmu.
View this post on InstagramA post shared by ISYA JR (@isyajr) on
Menerusi video yang dirakamnya, Isya menyanyi lagu rap dengan penuh penghayatan dan lirik yang mendalam.
Difahamkan, kanak-kanak 11 tahun itu hanya menyampaikan lagu tersebut, manakala lirik hasil ciptaan kenalannya sendiri.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 10,000 tontonan dan ratusan komen.
Terdahulu, Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi 10 Februari lalu.
Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Video : Instagram Isya Jr
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Percaya Air Tangan Isteri Dan Ibu…,” – Nak Bahagia Cara Sheila Rusly? Kenalah Tambat Perut Suami!
Status kebahagiaan suami isteri didasari dengan pelbagai faktor dan antaranya ialah pada air tangan si isteri.
Itu pandangan yang diberikan pengarah dan pelakon, Sheila Rusly.
Jelasnya kepada MH, majoriti pasangan muda kini ibaratnya seperti terlalu mengambil mudah soal ‘dapur berasap’ memandangkan mereka boleh mencari alternatif lain, makan di luar.
Namun apa yang menjadi persoalan ialah, sampai bila harus menjamu di luar? Jadi tegas Sheila, seseorang gadis itu harus belajar memasak sedari awal sebagai persediaan masa hadapan.
“Saya percaya air tangan seorang isteri dan ibu itu yang melengkapkan kebahagiaan rumah tangga atau institusi keluarga.
“Segala kasih sayang seperti dicurahkan menerusi masakan yang ikhlas, itulah antara kunci bahagia.
“Malah bagi saya, sudah tentu masakan mempengaruhi kebahagiaan rumah tangga. Sekarang saya melihat ramai pasangan yang tidak kisah namun sampai bila mahu makan di luar?
“Fasa awal hubungan mungkin semuanya okay. Namun apabila anak-anak sudah besar dan mula meminta masakan ibu, takkan kita baru hendak belajar waktu itu?” jawabnya lagi.
Terdahulu, bintang Leftenan Zana ini ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Tefal di Sogo KL, pada Khamis.
Menyifatkan seorang isteri juga harus bijak beraksi di dapur, namun si suami juga perlu ambil peranan bagi meringankan beban orang rumah.
“Lelaki tidak semestinya harus pandai memasak namun dia kena rajin meringankan beban isteri.
“Apa salahnya mengemas rumah dan membasuh pinggan mangkuk selepas isteri memasak,” tuturnya.
Wanita yang lebih senang siapa Sis ini turut memberi panduan buat mereka yang baru mula belajar memasak.
“Pada saya senang sahaja, jika tidak tahu memasak, rajin-rajinlah masuk dapur dan cukup sekadar melihat ibu memasak.
“Saya sendiri belajar memasak dengan melihat arwah ibu dan nenek di dapur.
“Daripada situ timbulnya minat dan rasa ingin mencuba. Apabila ada yang merasa masakan kita, rasa dihargai dan membakar semangat untuk terus belajar,” jelasnya ringkas.
Dalam perkembangan lain, Sheila turut diundang ke majlis berkenaan bagi melakukan demonstrasi masakan menggunakan produk terbaru Tefal yang dilengkapi Inovasi Thermo-Signal.
Peralatan memasak ini boleh didapati dengan harga serendah RM79.00 sehingga RM279.00.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI