Mona Allen ‘Berang’ Soalan Tak Sensitif Terhadap Uyaina; “Apa Punya Komen Macam Ini?!”

Share

Pelakon Mona Allen meluahkan rasa ‘berang’ dengan pertanyaan individu yang disifatkan yang tidak sensitif terhadap rakan selebriti, Uyaina Arshad.

Seperti yang dilaporkan MH semalam, Uyaina mengakui sedih kerana sukar untuk menurunkan berat badan selepas bersalin anak sulungnya pada 8 September lalu.

Dalam perkongsian menerusi Insta Story, Mona atau nama sebenar, Munna Hafiraneza Allen, 37, menempelak soalan yang diajukan pengikut Uyaina menerusi slot Ask Me Question yang dibuka oleh pengacara tersebut.

“Apa punya komen macam ini??! Baru bersalin u expect magic ke terus kurus??? Lepas tu belakang tulis sorry,” tulisnya.

Dalam entri itu juga, Mona turut merasa marah bagi pihak Uyaina, “@uyainaarshad, sis is heated.”

Terdahulu, pengikut Uyaina menulis, ‘lepas bersalin ni badan makin berisi… maaf ya Uyaina.”

Uyaina kemudian membalas, “Paling menyedihkan, ini adalah benar. Lepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam tengah mengandung empat bulan… sebab perut buncit sangat selepas bersalin.”

Pengacara program Wanita Hari Ini itu menjelaskan dia kini sedang berusaha untuk kembali mendapatkan tubuh badan yang ideal.

“Sekarang dah dua bulan selepas bersalin. Seksa juga nak turunkan berat badan. Nak kecilkan inci badan balik walaupun jaga badan.

“Tapi perlahan-lahanlah terutama sekali sebab saya bersalin secara pembedahan. Beza dengan lahir normal, tapi tak mengapa. Slowly but surely,” tulis Uyaina.

Sekadar info, Uyaina mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Ulhan yang dilahirkan pada 8 September lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar