Mona Allen Selamat Bersalin ‘Baby Merdeka’

Share

Pelakon Mona Allen selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor pada jam 2.39 pagi Rabu.

Berkongsi berita gembira itu di Insta Story, Mona atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen, 37, memberitahu dia dan bayinya berada dalam keadaan baik dan selamat.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan baby selamat.

“Baby merdeka lahir pukul 2.39 pagi tadi,” tulis Mona.

Pelakon drama Monalisa itu sebelum ini pernah berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan enam bulan selepas empat tahun menjalani proses mendapatkan anak (Trying to Conceive [TTV]).

Mona mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.

Terdahulu, pasangan ini turut mengadakan majlis ‘baby shower’ pada 16 Ogos lalu bagi meraikan kedatangan cahaya mata sulung selain mendedahkan jantina bayi kepada umum.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Mona Allen

Published by
Juliana Johar