Sudah mendirikan rumah tangga pada 1 Disember tahun lalu, cinta pasangan selebriti Mona Allen dan Pekin Ibrahim kini dilihat semakin ‘berbunga-bunga’.

Mana tidaknya, setiap gambar yang dimuat naik pasti mendapat pujian ramai melihat pasangan ini yang serasi bersama.

Terbaru, Mona telah memuat naik gambar sewaktu pertama kali berjumpa ibu Pekin di Kelantan.

“Throwback gambar masa dating dulu. Masa ni 1st time pergi Kelantan nak jumpa dgn bakal mak mertua. Masa tu @pekin7words ckp muka kita takde darah.

“Dupdabdubdabb.. neves nak jumpa dgn bakal mak mertua😂😜#rasamcmrihanapetrapulak #citezamankenalkenal haha ok bai,” tulis bintang drama Monalisa itu. 

Ads

Ketika pertemuan itu, Mona atau nama penuhnya, Munna Hafiraneza Allen ini tampil manis mengenakan baju kurung moden berwarna hitam dan sedikit solekan pada wajahnya telah menerima komen yang pelbagai.

Mona Allen Throwback Pertama Kali Jumpa Bakal Ibu Mertua Di Kelantan, Pekin Kata “Muka Macam Dah Tak Ada Darah”!  Mona Allen Throwback Pertama Kali Jumpa Bakal Ibu Mertua Di Kelantan, Pekin Kata “Muka Macam Dah Tak Ada Darah”!  Mona Allen Throwback Pertama Kali Jumpa Bakal Ibu Mertua Di Kelantan, Pekin Kata “Muka Macam Dah Tak Ada Darah”!  Mona Allen Throwback Pertama Kali Jumpa Bakal Ibu Mertua Di Kelantan, Pekin Kata “Muka Macam Dah Tak Ada Darah”!  Mona Allen Throwback Pertama Kali Jumpa Bakal Ibu Mertua Di Kelantan, Pekin Kata “Muka Macam Dah Tak Ada Darah”!  Mona Allen Throwback Pertama Kali Jumpa Bakal Ibu Mertua Di Kelantan, Pekin Kata “Muka Macam Dah Tak Ada Darah”! 

Ads

Terdahulu, pasangan ini bernikah pada 1 Disember dan mengadakan majlis resepsi  pada 7 Disember tahun lalu.

Perkahwinan itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan beberapa rakan selebriti seperti Amyza Aznan dan Wan Nor Azlin.

Ads

View this post on Instagram

Partner for life❤️😇

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

Foto : Instagram Mona Allen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI