Sudah mendirikan rumah tangga pada 1 Disember tahun lalu, cinta pasangan selebriti Mona Allen dan Pekin Ibrahim kini dilihat semakin ‘berbunga-bunga’.
Mana tidaknya, setiap gambar yang dimuat naik pasti mendapat pujian ramai melihat pasangan ini yang serasi bersama.
Terbaru, Mona telah memuat naik gambar sewaktu pertama kali berjumpa ibu Pekin di Kelantan.
“Throwback gambar masa dating dulu. Masa ni 1st time pergi Kelantan nak jumpa dgn bakal mak mertua. Masa tu @pekin7words ckp muka kita takde darah.
“Dupdabdubdabb.. neves nak jumpa dgn bakal mak mertua😂😜#rasamcmrihanapetrapulak #citezamankenalkenal haha ok bai,” tulis bintang drama Monalisa itu.
Ketika pertemuan itu, Mona atau nama penuhnya, Munna Hafiraneza Allen ini tampil manis mengenakan baju kurung moden berwarna hitam dan sedikit solekan pada wajahnya telah menerima komen yang pelbagai.
Terdahulu, pasangan ini bernikah pada 1 Disember dan mengadakan majlis resepsi pada 7 Disember tahun lalu.
Perkahwinan itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan beberapa rakan selebriti seperti Amyza Aznan dan Wan Nor Azlin.
Foto : Instagram Mona Allen