Ads
Home Berita Mooryati Soedibyo, Pengasas Produk Mustika Ratu Meninggal Dunia

Mooryati Soedibyo, Pengasas Produk Mustika Ratu Meninggal Dunia

Ads

Pengasas produk kecantikan terkenal Mustika Ratu, Mooryati Soedibyo telah dilaporkan meninggal dunia pada pada pagi Rabu, 24 April 2024 pada usia 96 tahun.

Khabar tersebut disahkan sendiri oleh Pengurus Promosi dan Perhubungan Awam Korporat Mustika Ratu, Mega Angkasa kepada pihak media tempatan.

“Telah meninggal dunia dengan aman Puan DR Hj. BRA Mooryati Soedibyo pada hari Rabu jam 1.00 WIB pagi 24 April 2024 pada usia 96 tahun,” tulis pesan yang disampaikan oleh Mega.

Jenazah akan berada di rumah duka di kawasan Menteng, Jakarta Pusat. Kemudiannya jenazah akan dikuburkan di Tapos, Bogor sesudah waktu Zohor.

BACA JUGA: Suami Sepupu Eyra Hazali Antara Pegawai TLDM Yang Terkorban Dalam Nahas Helikopter

Ads

Imbas kembali, Mooryati Seodibyo merupakan cucu kepada Raja Kasunanan Surakarta Paku Buwono X. Kecintaannya terhadap dunia kecantikan bermula apabila dia terbiasa menghias diri bersama puteri-puteri keraton yang lain.

Mengusahakan perniagaan kecantikan sejak 1973, pada awalnya allahyarhamah bermula di rumah sahaja sambil dibantu dua pembantu rumah.

Ads

Seiring dengan waktu, daripada hanya dua pekerja berkebang menjadi ke 50 orang pekerja dan pada 1976 wanita hebat ini memulakan sebuah salun dengan nama Pusat Rawatan Kecantikan Tradisional.

Selain peniagaan ini, allahyarham juga merupakan pemilik Yayasan Puteri Indonesia yang merupakan sebuah organisasi pemilik pertandingan ratu cantik tertua di negara itu.

Ads

Mooryati Soedibyo meninggalkan lima orang anak iaitu Djoko Ramiadji, Putri Kus Wisnu Wardani, Dewi Nurhandayani, Haryo T. Baskoro, dan Yulita Warastuti.

Sumber: CNN Indonesia

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI