Umum mengetahui, usahawan, pelakon dan pengacara, Neelofa amat dekat dengan para peminatnya terutama di media sosial.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Twitter, Neelofa ada membuka ruang untuk orang ramai bertanyakan apa sahaja soalan dan dia harus menjawabnya dengan jujur.
Ketika ditanya mengenai reaksinya setiap kali membaca atau melihat kandungan-kandungan negatif mengenai dirinya, Neelofa mendedahkan dia hanya mampu ketawa.
“Tbh most of the time, I just laugh it off. No hard feelings cos they aren’t true so why take it to heart? And then, next! Move on,” jawabnya ringkas.
Tambah bekas pengacara program Meletop ini lagi, dia tidak akan mengambil hati dengan perkara-perkara tersebut sebaliknya lebih selesa memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum selain turut memuji dengan sikap yang ditunjukkan oleh Neelofa itu.
Terdahulu, nama Neelofa menjadi antara bualan hangat sejak akhir-akhir ini berikutan beberapa isu tular melibatkan dirinya dan juga tunang, Muhammad Haris bin Mohd Ismail atau lebih sinonim dengan panggilan PU Riz.
Bagaimanapun, Neelofa berharap agar orang ramai dapat memberikannya ruang dan sedikit waktu untuk menjernihkan keadaan seterusnya tidak lagi membuat andaian yang tidak tepat mengenai dirinya.
Sumber: Twitter Neelofa