Mata tak berkelip melihat tontonan video yang dilakukannya. Kepetahannya bercakap dalam loghat utara menambah keseronokan netizen untuk menonton video tutorial mekap yang dilakukannya.

Lagaknya seperti seorang selebriti. Jangan  terkejut dia mempunyai pengikut di laman sosial melebihi 2 juta. Nur Nabila Zulyadaini, dahulunya hanyalah seorang suri rumah dan dari keluarga susah sebelum menjadi viral dek kerana video tutorial mekap mendapat tontonan di luar jangkaan.

Pernah Titiskan Air Mata Menahan Kecaman Netizen!

MUA Bella Terima Kritikan ‘Solekan Najis?’ MUA Bella Terima Kritikan ‘Solekan Najis?’ MUA Bella Terima Kritikan ‘Solekan Najis?’

Malah anak jati Tanjung Dawai ini mengakui pernah menitiskan air mata semata-mata kerana mendapat kecaman pelbagai netizen.  Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjaya dalam bidang yang diminatinya ini.

Menurut wanita kacukan Turki-Melayu ini berkata dalam Sinar Harian online, suaminya Anuar Ahmad, tidak pernah putus memberi semangat untuk meneruskan minat dalam bidang yang dipupuk sejak empat tahun lalu.

Bukan senang untuknya berjaya seperti hari ini. Dia yang hanya suri rumah sahaja sebelum ini mengakui dirinya pernah sedih sampai menangis kerana kecaman netizen hingga tidak berselera untuk makan. Lebih-lebih apabila dirinya difitnah solek tak cantik macam najis dan juga dikutuk disebabkan keadaan fizikal.

Ads

Namun Tuhan itu lebih mengetahui. Setelah disiasat rupanya fitnah itu datangnya dari individu yang sama bidang dengannya. Dia merasa terancam dengan kehadiran dia dalam industri solekan hingga sanggup melemparkan fitnah berkenaan.

Bella yang cukup terkenal di utara ini memberitahu minat terhadap bidan solekan muncul sejak mengandung anak pertama, Iris Alisya, 5 tahun. Tidak mahu terus berada di tahap sama, Bella turut merancang mengeluarkan jenama kecantikan sendiri 10 tahun lagi.

Mula Sekadar ‘Suka-Suka’ Akhirnya Jadi Kerjaya

MUA Bella Terima Kritikan ‘Solekan Najis?’ MUA Bella Terima Kritikan ‘Solekan Najis?’

Dia yang belajar mekap di laman youtube sekadar suka-suka untuk menghilangkan rasa bosan di rumah. Maklumlah keluarganya orang susah dan tiada peluang belajar kelas solekan kerana kosnya yang mahal. Tetapi Bella memang meminati seni dan lukisan. Jadi dia tidak kisah untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.

Ads

Kini, Bella menjadikan bidang solekan sebagai sumber pendapatan utama apabila menubuhkan studio di Alor Setar, Kedah.Pada masa sama, wanita berusia 26 tahun ini turut dijemput mengendalikan bengkel solekan wajah di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.

Ibu kepada dua cahaya mata ini membuat tutorial mekap sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Dia mengakui mendapat kepuasan peribadi apabila ada pengikutnya memperoleh pendapatan sendiri dengan belajar teknik solekan selepas menonton video tutorial berkenaan.

Mengakui tiada asas dalam penggunaan alat kosmetik, namun ternyata jemarinya mempunyai sentuhan magis yang memukau. Bella juga lebih senang menggunakan produk kosmetik keluaran usahawan tempatan yang secara langsung membantu membangunkan ekonomi peniaga terbabit.

Ads

Bukan sahaja Bella yang pandai membuat tutorial, tetapi anaknya Iris Alisya yang berusia empat tahun juga mempunyai minat sama. Malah tutorial yang dimuat turun di facebook miliknya pernah mencecah 8,000 jumlah tontonan walaupun disiarkan waktu pagi.

Memang hebat sekali penangan mekap artis dari utara ini. Walaupun mencari rezeki bukan di kota besar seperti Kuala Lumpur, tetapi Bella tetap popular umpama selebriti. Setiap kali video dimuat turun personaliti media sosial itu berjaya mengumpul sejumlah besar penonton setiap kali bersiaran langsung.

Admin juga suka dan leka sekali menonton tutorial berkenaan. Nampak macam mudah solekan yang dihasilkan dan impaknya memang mengagumkan.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI