
Pelakon, Zara Zya memuat naik foto menunjukkan kekasihnya, Hafreez Adam menyarung cincin di jari.
Dalam pada itu, pasangan itu berada dalam keadaan yang cukup romantis lagi iaitu ‘candlelight dinner’.
Susulan itu, di ruangan komen dipenuhi dengan spekulasi netizen mengatakan bahawa Hafreez sudah melamar Zara menjadi suri hatinya.
Malah, ada juga yang mendoakan agar pasangan itu segera berkahwin.
Alahai, sweet betul foto itu ya! Apa-apapun ,kalau betul lah Hafreez melamar, jangan lupa jemput ya!
Foto/Instagram:Zara Zya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mustahil Nak Jaga Hati Semua Orang..” – Ini Punca Syafiqah Aina Hampir ‘Delete’ Instagram!

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai, khususnya wanita tidak kira samada anak muda hingga wanita dewasa yang berminat untuk menjadi pempengaruh (influencer) di media sosial.
Mana tidaknya, kerjaya sebagai pempengaruh ini membolehkan mereka memperolehi pendapatan hingga mencecah lima angka.
Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu mengorbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti.
MH mendapatkan pendedahan dari pempengaruh sosial media terkemuka, Syafiqah Aina yang pernah berdepan pelbagai kontroversi hingga dirinya menjadi pusat perhatian apabila berada di dalam ‘spotlight’ viral.
Pendapatan Cecah RM30K Sebulan
Menurut Syafiqah Aina, sudah lama dia bergelar influencer dan kerjaya ini cukup sebati dengan dirinya. Walau bagaimanapun bukan mudah untuknya bertahan memandangkan sekarang ini semakin ramai influencer yang muncul dengan pelbagai karakter.
“Saya anggap itu sebagai persaingan dan rezeki itu di tangan Allah. Alhamdulillah saya masih lagi menjadi pilihan jenama (terutama fesyen) untuk dijadikan platform mempromosikan produk mereka. Dan inilah yang menjadi punca utama pendapatan saya. Jika betul-betul buat, saya mampu jana pendapatan hingga mencecah RM30 ribu.
“Memang seronok bergelar influencer ini. Maklumlah ke mana-mana sahaja orang akan perhatikan. Begitu juga dengan penampilan di media sosial. Perlu diingat follower kita akan sentiasa memerhatikan apa yang kita buat.
“Jadi kita memang perlu sentiasa nampak cantik dan berpenampilan menarik tidak kira di luar atau dalam media sosial,” ujar Aina yang mengakui sukar untuk ‘maintain’ dan menjaga penanampilan setiap masa.
Tidak Mudah Jadi Influencer
Katanya lagi, kita juga perlu menjaga hati orang lain dan pastikan apa yang dibuat tidak membuatkan orang lain rasa tidak selesa atau ‘meluat’.
“Bukan sahaja penampilan, dari segi percakapan pun perlu dijaga sebaiknya. Maklumlah apa sahaja kata-kata yang keluar boleh dijadikan bahan viral di media sosial. Jadi pastikan berfikir dulu sebelum berkata-kata.
“Sebenarnya kita boleh jadi diri sendiri tapi kena bijak ‘control’ diri. Bukanlah maksudnya kena berpura-pura sepanjang masa, tetapi apa yang dilakukan harus tidak melampui batas.
“Tidak dinafikan ada kalanya memang stress sampai satu masa saya macam nak delete akaun IG. Tetapi bila fikir balik memang mustahil nak jaga hati semua orang sebaiknya,” ceritanya yang kini sudah mengumpul follower di IG seramai 1.3 juta pengikut sejak bergelar usahawa kosmetik jenamanya sendiri, Ainaa Beauty.
Jadi Diri Sendiri
Isteri kepada pempengaruh media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad ini juga mendedahkan, meski dirinya sering dihimpit kontroversi, tetapi keperibadian Aina menjadi inspirasi buat wanita dan kaum hawa di luar sana yang mahu menjadi sepertinya.
Aina bukan sahaja cantik secara lahiriahnya, malah dia juga seorang yang berjiwa lembut dan bijak, kerana ibu kepada dua cahaya mata ini juga merupakan memegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
Buat Apa Yang ‘Pengikut’ Mahu Lihat
Ketika ditanya bagaimana untuk menjadi pempengaruh berjaya sepertinya, Aina memberi tip di mana seseorang itu kena buat apa yang orang lain nak tengok.
“Memanglah tujuan kita jadi instafamous mahu menjana pendapatan melalui ‘paid review’. Tetapi janganlah asyik mempromosikan bisnes, sebaliknya perlu juga ‘post lifestyle’ kita. Mereka suka lihat sisi diri kita yang sebenar.
“Kita perlu buat apa yang orang suka tengok dan membuatkan mereka akan follow kita. Jangan buat posting yang menjengkelkan kerana boleh mencacatkan imej kita sebagai seorang instafamous.
“Apa-apa pun kita perlu jaga nama dan jangan sesekali buat apa yang orang tak suka,” tambah Aina.
Kini Aina Dan Suami Lebarkan Sayap Sebagai ‘Usahawan’
Selain itu, sejak mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz yang juga sering menjadi perhatian netizen.
Selain bergelar pempengaruh, Aina juga kini bergelar usahawan dan sedang mempromosikan produk penjagaan wajah yang diusahakan bersama suaminya. Di awal penglibatan dalam dunia perniagaan, produk serum yang diusahakan mereka turut mendapat kecaman kerana dikatakan boleh merosakkan kulit wajah.
Bagaimanapun, sebagai usahawan baru, Aina menerima segala pandangan negatif yang dilemparkan dengan baik dan tidak mdah melatah.
“Bagi yang tak kenal betul-betul produk ini memang tak tahu kesannya. Tetapi apabila mereka menggunakannya barulah tahu keberkesanannya. Alhamdulillah produk ini semakin mendapat sambutan dan sudah terjual lebih 40 ribu botol. Permintaaanya juga semakin bertambah dari masa ke semasa.
“Dalam hal ini kami tidak melatah dengan apa yang dilemparkan netizen di luar sana. Segala yang negatif saya simpan dan lihat apa lagi yang boleh diperbaiki. Memang dari dulu asyik kena kecam dan daripada situ saya ambil kesempatan berdoa agar terus dimurahkan rezeki. Itu juga adalah rahsia kejayaan kami,” kata Aina.
Jadi bagi anda yang bercita-cita menjadi pempengaruh media sosial, dah tau kan apa yang perlu anda lakukan dan persiapkan diri dariada pengalaman milik Syafiqah Aina ni? Paling penting hati kena kental dan bersedia fizikal dan mental untuk bergelar pempengaruh ya!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lirik Lagu Ini Tidak Sepenuhnya Mengenai Perjalanan Hidup Saya,” – Bella Astillah

Mungkin ramai yang belum tahu, selain berbakat sebagai pelakon, Bella Astillah juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
Malah, bintang berusia 26 tahun ini pernah merakam album kanak-kanak dengan menyanyikan koleksi lagu kanak-kanak seperti Bangau Oh bangau, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam dan sebagainya bersama adiknya, Didi Astillah.
Bagaimanapun, kali terakhir Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah merakamkan lagu ialah pada usia 12 tahun menerusi lagu tema Diara Ramadan Rafique.
Selepas sekian lama, Bella yang juga pelakon Cinta Belum Tamat Tempoh kini kembali ke studio rakaman dengan merakamkan lagu Tenang hasil ciptaan Audi Mok terbitan dan edaran Universal Music.
Berkongsi lanjut mengenai lagu itu yang sudah pun dilancarkan hari ini, Bella berkata, Tenang bukanlah mengenai kisah hidupnya 100 peratus.
“Saya percaya setiap individu menginginkan kehidupan yang baik. Bagi saya, apabila kita sentiasa positif, insya-Allah mudah untuk berasa tenang. Dari situ, saya dan komposer mendapat sedikit inspirasi untuk lirik lagu Tenang.
“Lirik lagu ini tidak sepenuhnya mengenai perjalanan hidup saya, tapi lebih kepada ingin berkongsi perasaan positif untuk sentiasa bersangka baik dengan ujian dan jangan putus asa,” katanya.
Tambah ibu tunggal ini lagi, meski sudah lama meninggalkan dunia nyanyian, namun pengalaman merakamkan Tenang sesuatu yang mengujakan.
Apatah lagi dia dibantu komposer hebat dan berpengalaman sekali gus memudahkan proses berkenaan.
“Proses merakamkan lagu Tenang sangat tenang. Di mana segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah, dengan bantuan Audi Mok sendiri membuatkan saya lebih selesa dan sangat mudah.
“Kami saling mendengar pendapat masing-masing. Itu yang memudahkan lagi proses rakaman lagu ini. Begitu juga ketika proses memperdengarkan melodi lagu. Audi sangat memahami dan kreatif,” terang Bella.
Ditanya alasan utama dia merakamkan lagu itu, Bella mengakui ia bagi memenuhi keinginan dan permintaan peminat.
“Saya sering melakukan ‘cover’ lagu dan ramai yang menginginkan untuk saya mempunyai lagu sendiri.
“Lagu terakhir yang dirakam adalah Diari Ramadhan Rafique dan itu pun sewaktu saya berusia 12 tahun.
“Disebabkan itu saya fikir adalah lebih baik saya ada lagu sendiri sebagai hadiah kepada pendengar setia ‘cover’ saya di media sosial,” katanya lagi.
Walaupun kehadirannya bukan untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi profesional sedia ada, Bella mengakui dia mahukan yang terbaik buat lagu itu.
“Saya percaya pihak Universal Music lebih tahu mengenai apa yang terbaik untuk lagu ini.
“Namun, saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi dengan niat untuk lagu ini meletup. Tapi, sudah semestinya saya menginginkan yang terbaik. Kalau ada rezeki untuk mana-mana pertandingan saya tidak menolak.
“Malah, saya juga percaya semua penyanyi berharap lagu mereka dapat diterima pendengar dengan baik dan positif. Doakan semoga lagu ini dipermudahkan,” akui Bella.
Tenang dilancarkan secara rasmi di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer,,Joox dan Apple Music.
Manakala bagi video muzik pula dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada jam 3.00 petang, hari ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sekurang-Kurangnya Suami Pun Takut Nak Tinggal Kita,” – Beby Tora Tora Kongsi Tips Rumah Tangga, Rumah Dan Kereta Atas Nama Isteri

Instafamous Beby Tora Tora atau Nur Atierah Zulfatie menegaskan seorang wanita harus mempunyai simpanan dan perancangan tersendiri.
Ia penting andai si suami mula menimbulkan masalah dalam rumah tangga yang dibina.
Malah jelasnya lagi, si isteri harus bijak berdikari dan memastikan rumah dan kereta yang dimiliki diletakkan atas namanya.
“Lama betui tak selfie dngn suami kita, sibuk dia cari rezeki ..kita sbgai wanita yang dh brkahwin ,kita kena ada juga duit dn simpanan .at least kita ada backup bila suami kita buat prngai.
“yala skurangnya suami pun takut nak tnggai kita .klau tnggai pun ,dia la yang rugi sbb hilang kita yang pandai jaga dia,pandai brdikari ,pandai smua la, pastikan rumah ,kereta nama isteri tau,”tulisnya.
Dia turut berkongsi bahawa seorang isteri boleh memegang wang suami sebagai perancangan kewangan keluarga.
“Gaji suami pun wanita boleh pegang heheheh ..skurangnya kita tau duit suami habis kemana ..wanita la pengurus kewangan suami klau nak tau ..
“suami tak bnyak songeh takpa ..dia bagi kita pegang duit tu ..yala duit suami duit isteri .duit isteri ttap duit isteri hahahaha,” selorohnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on
Walau bagaimanapun, kenyataan wanita yang popular dengan video ‘mukbang’ ini menerima reaksi pelbagai netizen.
Ada yang menyarankan agar dia lebih menjaga kata-kata kerana kata-kata itu ibaratnya bagai satu doa.
Foto : Instagram Beby Tora Tora
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI