Aduh lucu betullah, tak tahu apa niat Mark Adam sebenarnya tetapi apa yang MH pasti, Mark baru sahaja memuat naik sekeping gambar di mana dia bersama rakan-rakannya sedang bermain permainan dam dan mengucapkan selamat berbuka puasa buat semua pengikutnya.

Apa yang melucukan, gambar tersebut menunjukkan Tauke Jambu, Johan Raja Lawak dan pelakon otai Roy Azman sedang menikmati kacang dan minuman sambil bermain dam.

Walaupun tidak tahu bilakah kejadian sebenar ini berlaku, namun ramai yang mula meragui mereka berempat, adakah mereka berpuasa atau tidak?

IKLAN

Muat Naik Gambar Ada Air Minuman & Kacang, Mark Adam, Johan, Tauke, Roy Azman Tak Puasa? Muat Naik Gambar Ada Air Minuman & Kacang, Mark Adam, Johan, Tauke, Roy Azman Tak Puasa?

Malah lebih tercuit isteri kepada pelawak Johan, Ozlyn turut meninggalkan komen dengan mempersoalkan adakah mereka berempat sudah berbuka puasa atau bagaimana?

Muat Naik Gambar Ada Air Minuman & Kacang, Mark Adam, Johan, Tauke, Roy Azman Tak Puasa?

IKLAN

Bagaimanapun MH pasti sebenarnya gambar ini telah ditangkap sebelum bulan puasa dan Mark sengaja mengusik rakan-rakannya yang ada di dalam gambar kerana Roy Azman turut meninggalkan komen dan mengucapkan selamat berbuka puasa juga kepada pelawak dan penyanyi dari Filipina ini.

Muat Naik Gambar Ada Air Minuman & Kacang, Mark Adam, Johan, Tauke, Roy Azman Tak Puasa?

IKLAN

Apapun MH terhibur melihat gambar ini dan terbayang bagaimana reaksi ketiga-tiga rakan ni bila melihat gambar ini.

Mana mungkin mereka tidak berpuasa dan dengan berani menayangkan gambar secara terbuka begini bukan?

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI