Angin tiada, ribut pun tiada…tiba-tiba sahaja netizen buat spekulasi bahawa hubungan Nur Sajat dan Coach Yin bermasalah?

Ini kerana, Sajat baru-baru ini ada muat naik gambar merujuk kepada ‘single’ di laman media sosial miliknya dan Coach Yin sendiri muat naik status berkata mengenai perangai ‘ego’

Lagi menguatkan andaian apabila ada netizen bertindak muat naik status tanda persoalan di Twitter yang mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai status kedua-dua mereka.

Muat Naik Status Konon Bergaduh, Rupa-Rupanya Drama Sahaja Lebih – Sajat & Coach Yin

IKLAN

Macam pelik pula bila MH baca Coach Yin dan Sajat bergaduh memandangkan baru-baru ini Coach Yin sendiri membuat satu kejutan ‘sweet’ semasa hari lahir Sajat tempoh hari.

Bagaimanapun, mungkin menyedari status hubungan mereka menjadi perbualan netizen, pasangan tersebut segera memuat naik satu video di laman Instagram Coach Yin bagi menjelaskan perkara tersebut.

IKLAN

“Hello, kita orang mana ada gaduh, drama sahaja,” katanya sambil disokong oleh Sajat yang berada di sebelah.

IKLAN

Kadang-kadang netizen ni laju betul menyiasat, mengalahkan pihak media pula.

Apa-apapun, persoalan sudah dijawab, harapnya netizen puas hati lah dengan video tersebut.

Sumber: Twitter & IG Coach Yin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI