Penyampai radio Buletin FM, Muaz Mohamed melahirkan perasaan teruja menimang cahaya mata ketiga selepas isteri, Ediana Aziz selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada malam Selasa lalu.
Berita gembira itu dikongsikan Muaz atau nama sebenarnya, Muazanazzuddin Mohamed menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua, kelmarin tepat jam 8.18 malam bersamaan 16 Ogos (Selasa), cinta hati saya selamat melahirkan anak perempuan pertama kami.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Terima kasih atas doa dan kata-kata indah yang telah dititipkan,” tulis Muaz.
View this post on Instagram
Dalam perkongsian itu juga, Muaz turut mendoakan anak perempuan tunggalnya itu akan menjadi anak yang solehah serta mempunyai baik budi pekerti.
“Selamat lahir ke dunia anakanda yang cantik nan jelita. Semoga kelak bisa menjadi anak yang baik akhlaknya, budi pekertinya dan menjadi bunga yang sentiasa mewarnai keluarga kita.
“Daddy, Mummy, Abang Emir dan Ezra love you.
“Jaga-jaga daddy akan follow ke mana-mana sahaja awak pergi ok,” tulis Muaz lagi.
Muaz bagaimanapun belum berkongsi wajah serta nama puterinya buat tatapan umum.
Penyampai radio berusia 38 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan Ediana pada 16 Februari 2013.
Mereka turut mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Emirza Mukhriz, 8, dan Ezra Mikhail, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Muaz Mohamed
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI