Pengalaman dikhianati oleh bekas pembantu peribadi membuatkan pelakon, Uqasha Senrose serik dan sukar mempercayai orang luar untuk masuk ke dalam kehidupannya.
Bagaimanapun, Uqasha menganggap perkara tersebut sebagai salah satu pengajaran yang akan mematangkan dirinya selepas ini.
“Sudah tentu saya serik. Saya sudah bersikap sehabis baik dan seikhlas mungkin tapi tetap ada manusia nak tikam belakang.
“Sebagai manusia, rasa kecewa, marah dan sakit hati itu memang tak dapat nak lari. Namun, selepas beberapa ketika, baru saya sedar yang ini merupakan satu lagi pengajaran di dalam hidup saya.
“Setiap hari kita perlu belajar benda baharu. Tak belajar, kita tak tahu,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu menegaskan dia tidak mahu lagi mengulangi kesilapan sama dan akan lebih berhati-hati bila berkenalan dengan orang-orang baharu.
Ads
“Bila nampak raut wajah lembut, kita ingat seseorang itu baik hati, kerja bagus dan segalanya yang dia lakukan nampak baik. Kerana itu, kita menjadi mudah percaya.
“Kini, saya harus meletakkan batasan dalam setiap perkara. Sebelum ini, saya cepat sangat percayakan orang. Bila orang buat baik sikit, saya terus anggap dia kawan baik.
“Selepas apa yang berlaku, saya mahu kecilkan circle saya yang sudah sedia kecil. Saya hanya mahu ada dengan anak, suami dan keluarga,” ujarnya lagi.
Ads
Katanya lagi, dia kini hanya akan mengambil khidmat pembantu peribadi ketika keadaan yang betul-betul memerlukan.
“Jika perlu ada pembantu ketika bekerja atau penggambaran, saya hanya akan ambil mengikut projek sahaja.
“Saya tidak akan mengambil pembantu peribadi yang ikut saya 24 jam sehingga ke rumah. Nak bayar walaupun bukan hari shooting, perkara itu tiada lagi,” katanya.
Ads
Ditanya mengenai status kesnya bersama bekas pembantu peribadi, Uqasha memaklumkan dia kini sedang menantikan prosiding di mahkamah.
“Hal itu masih lagi di dalam siasatan pihak polis. Dia juga masih lagi dalam pemantauan. Kes ini telah pun diambil alih oleh pihak mahkamah.
“Saya kini hanya menunggu tarikh bagi proses-proses di mahkamah. Saya memang nekad untuk mengambil tindakan undang-undang,” akhirinya.
Sebelum ini, media melaporkan kisah pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita yang ditahan polis atas tuduhan mencuri barangan kemas majikannya. Hasil siasatan polis menemui barang kemas di kediaman wanita itu.
Difahamkan, wanita sama turut membuat laporan polis mendakwa dicederakan dan diugut gara-gara mencampuri urusan rumah tangga majikannya yang dikatakan berdepan masalah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pakar bedah, Dr. Amalina ada berkongsi sebuah perkhabaran gembira menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri di laman tersebut, Dr. Amalina memberi tahu bahawa dia telah pun menerima lamaran daripada kekasihnya itu.
Malah, doktor yang berpengkalan di London, United Kingdom itu turut mendedahkan bahawa dia sudah tidak sabar untuk membuat persiapan bagi majlis perkahwinannya itu.
“Excited about wedding planning x2 (UK & Malaysia) #Engaged,” tulisnya.
Dalam pada itu, Dr. Amalina turut memberi gambaran bahawa dia akan mengadakan dua majlis resepsi di Malaysia dan juga di United Kingdom.
Perkhabaran tersebut nyata menerima perhatian daripada pelbagai pihak selepah posting tersebut meraih hampir 43,000 tanda suka dan turut dihujani ribuan komen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis dilihat begitu teruja sambil turut mendoakan agar segala urusan pasangan tersebut dipermudahkan.
Sumber: Instagram Dr. Amalina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat personaliti media sosial, Tasnim Shah yang selamat menjadi isteri kepada Amin Daniel yang juga anak kepada ahli politik Dato’ Sri Jamal Yunos pada Ahad lalu.
Majlis hari bahagia pasangan sama cantik sama padan itu menerima ucapan tahniah serta titipan doa yang baik-baik daripada jemputan yang hadir.
Malah menerusi Insta Stories, Tasnim atau nama sebenarnya, Nur Tasnim Shah turut berkongsikan coretan istimewa daripada ibu tercinta.
Sambil mendoakan agar Tasmin menjadi isteri yang baik, ibu juga turut berkongsi keperibadian anaknya itu.
“Anim (Tasnim) kesayangan Mommy, pada 2/10/2022 Anim telah sah menjadi milik Amin. Anim kena jadi a good wife tau. I love you so much. Banyak kenangan yang tak boleh dilupakan terutama kenakalan anim yang suka menyakat kakak dan adik beradik.
“Tapi di sebalik tu juga Anim anak yang bertanggungjwb kepada keluarga dan biasanya kalau adik beradik ada masalah, Anim lah tempat mereka mengadu dan Anim sentiasa mendengar.
“Banyak membantu dan berkorban tak kira dari segi pendapat atau kewangan, so sweet,” tulis ibunya menerusi Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak beberapa hari lalu, nama penyanyi Faizal Ramly kembali hangat diperkatakan selepas sebuah video di Tik Tok yang memaparkan mengenai perkembangan terkininya setelah sekian lama menyepi menjadi tular.
Menerusi video tersebut, Faizal memaklumkan dia baru sahaja memulakan pekerjaan barunya bersama syarikat penyedia kelengkapan rumah terkemuka dunia, Coway (M) Sdn. Bhd. (Coway Malaysia).
Lantaran itu, Faizal berharap agar semua pihak dapat menunjukkan sokongan terhadap dirinya selepas ini.
“Assalamualaikum semua, ini adalah hari pertama saya berbakti bersama Coway. Ini adalah sahabat-sahabat seperjuangan saya. Sokonglah saya dan kawan-kawan yang lain. Ameen,” katanya.
Sementara itu, menerusi sebuah lagi video berasingan, Faizal yang juga merupakan pemenang program Akademi Fantasia musim keempat (AF4) memaklumkan dia masih lagi aktif menyanyi meski sudah menceburkan diri dalam pekerjaan baru.
Tambahnya lagi, dia juga tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa di antara dua kerjaya tersebut.
“Tak semestinya menjadi seorang penyanyi tak boleh menjadi peniaga. Saya bersama Coway dan masih lagi menyanyi.
“Jadi, rasanya tiada masalah selagi saya mencari rezeki yang halal. Saya sayang anda semua,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menunjukkan tanda sokongam selain turut mendoakan agar Faizal akan terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya.
“Kemas boh. Semoga dipermudahkan segala urusan.
“Mantap bang. Saya tetap sokong Abang Faizal.
“Yang penting rezeki halal. Semoga Faizal diberikan rezeki yang luas.
“Jalan terus bos. Antara artis AF yang suara betul-betul padu dan lain dari yang lain.
“Ya betul tu. Kerja keras selagi kita muda,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sepanjang bergelar penyanyi, Faizal memiliki beberapa buah single popular seperti Lihatlah, Datanglah dan Sakit Seorang Lelaki.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tiktok Faizal Senyum Sokmo & Faiez_Hakimie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...