Muhammad Adib Mohd Kassim Telah Pergi Mengadap Ilahi, AlFatihah

Share

Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah ketika insiden di Kuil Sri Mahamariaman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN).

Muhammad Adib dimasukkan ke IJN akibat mengalami cedera parah susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu, memetik laporan Astro Awani.

Perkara itu diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di IJN.

Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba Hang Tuah pada Selasa untuk penghormatan terakhir dan akan dibawa ke Kedah untuk dikebumikan.

Pada Ahad lalu, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesiahatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.

Sumber: Astro Awani

 

Published by
Rafiq Mazlan