Selepas isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin selamat melahirkan bayi lelaki pada 22 November lalu, pelakon Idzham Ismail berkongsi nama anak keduanya itu.
Sambil disusuli dengan ucapan tahniah rakan dan peminat, bintang berusia 32 tahun turut berkongsi figura bayi lelakinya itu buat tatapan umum.
“Muhammad Idrus Bin Mohammed Idzham,” tulisnya ringkas.
Menerusi hantaran di Instagram sebelum ini, Idzham menzahirkan rasa syukur kerana isterinya telah pun selamat bersalin selain berterima kasih atas semua doa yang dikirimkan.
Terdahulu, bagi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan kira-kira jam 7.45 pagi di sebuah hospital swasta di Kajang, Selangor.
Idzham mendirikan rumah tangga dengan isterinya yang juga seorang pramugari pada Ogos 2016 dan dikurniakan anak sulung perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.