Rapper, Altimet meluahkan rasa kecewa selepas seorang individu secara terbuka ibarat menghina fizikal dan perjalanan kariernya dalam industri seni.

Katanya, mungkin sudah menjadi sifat manusia menyakiti antara satu sama lain.

Rasa kecewa itu diluahkan Altimet menerusi sebuah entri di laman Twitter yang memaparkan perbualannya bersama individu berkenaan di bahagian mesej peribadi.

“U sucks bro muka berlubang berlagak cukup lejen,” tulis individu tersebut.

Ads

Tidak melatah, penyanyi lagu Bunga itu membalas semula mesej berkenaan dengan nada yang cukup professional.

“Thank you. I love you.

Ads

“God is fair. My skin is a blessing o me. Taught me that I don’t need to rely on my looks to get ahead in life. As a result, lirik aku hensem, the flow is gorgeous, and my work ethic is falwless. Ask about me,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan respon yang diberikan Altimet, malah turut memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi yang bakal membuat konsert terakhir pada 16 Februari nanti.

“Muka Berlubang Berlagak Cukup Lejen,”- Fizikal Dikecam Mulut Si Lancang, Ini Respon ‘Makan Dalam’ Altimet

Ads

“Muka Berlubang Berlagak Cukup Lejen,”- Fizikal Dikecam Mulut Si Lancang, Ini Respon ‘Makan Dalam’ Altimet

Amboi, bukan main kasar mulut netizen ni ye!

Apapun, semoga Altimet tidak berhenti berkarya walaupun sudah bersara sepenuhnya sebagai penyanyi.

Sumber: Twitter Altimet

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI