
Aktres Fasha Sandha memuat naik lampiran beberapa keping foto anak ketiganya, Aisha Amaira sambil mendedahkan wajah anaknya itu iras anak saudara, Bunga El Haq.
Fasha yang juga kakak kepada pelakon Elisya Sandha juga bersyukur kerana Bunga kini sedang membesar dengan baik.
“Gambar Aisha masa 18 hari, gambar Bunga belum boleh share lagi, tapi muka bunga 90 percent muka Aisha. Nanti besaq jalan sama orang kata kembaq Aisha.
“Syukur Alhamdulillah baby Bunga membesar dengan baik dan Elisya pun dah sihat banyak,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.
Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung penerbit, Sheila Rusly pada Ogos tahun lalu dan permata hati mereka dilahirkan pada 18 Jun 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jejak Kaki Di Tanah Suci Tanpa Suami, “Gonna Miss You,”- Isteri Amy Search

Dijemput sebagai tetamu Allah pada akhir November ini, isteri kepada penyanyi rock Amy Search iaitu Norhasniza Hassan atau sinonim dengan gelaran Qasander telah selamat tiba di Madina Al- Munawarah siang tadi.
Meski tanpa kehadiran suami disisi, namun Qasander bersyukur kerana dirinya dapat ke Tanah Suci.
“Allah makes the impossible possible ..
Alhamdullilah dgn IzinNya dan Izin Suamiku @aku.amysearch thank you sayang 💕 wish you were here,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by NHH (@qasander) on
Malah, wanita itu turut berkongsi suasana sekitar di Tanah Suci.
View this post on InstagramA post shared by NHH (@qasander) on
View this post on InstagramSesiapa nak kirim doa boleh serta kan disini inshaAllah sy akan cuba baca dan sampai kan .. 😉
A post shared by NHH (@qasander) on
Sementara itu, Amy turut mendoakan agar urusan isteri dan rakan-rakannya dipermudahkan.
“Daddy doakan Moga Allah permudhkan segala urusan. Salam buat Rasul ku. Love ❤u n will be missing all of u,” titipnya.
Untuk rekod, Amy dan Qasander ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 15, Sania Samara, 14 dan Qaqa At-Tameemi, 10.
Foto : Instagram Qasander
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kanak-Kanak Lukis Bom Dan Orang Kena Penggal Kepala”, – Aizat Amdan Kongsi Pengalaman Sertai Misi Kemanusiaan

Merupakan tahun kedua menyertai misi kemanusiaan kali ini, penyanyi Aizat Amdan berkongsi secebis kisah duka yang masih kuat terpahat dalam ingatan.
Katanya kepada MH, pelarian kanak-kanak Syria seolah-olah hilang harapan apabila setiap hari melihat ada ahli keluarga dan teman-teman mati akibat kekejaman pihak tertentu.
Lebih memilukan, sewaktu diberikan kertas lukisan untuk ekspresikan perasaan mereka ketika itu, kebanyakan mereka hanya melukis kereta kebal, bom dan orang mati dipenggal.
“Mereka hidup seperti tiada arah tuju. Tidak pergi sekolah, tiada pekerjaan yang boleh membiayai keluarga. Jadi mereka hanya mengharap bantuan.
“Jadi kita di sana, bukan hanya nak beri harapan, tapi kita cuba beri sedikit pendedahan mengenai pendidikan. Bagi saya, mangsa perang ini akan hadapi trauma.
“Bayangkan kalau hospital ini tiba-tiba di bom. Anak-anak dan kawan kita mati di depan mata. Mereka hidup dalam keadaan itu, trauma, sakit hati.
“Lalu program Cinta Syria Malaysia cuba untuk kembalikan moral, daripada teruk sampai okay dengan mengadakan sekolah.
“Kanak-kanak diberi kertas lukisan dan mereka diberi peluang melukis apa sahaja di atas kertas dan kebanyakan akan lukis kereta kebal, bom dan kepala orang dipenggal,” jelas Aizat.
Bahkan, situasi itu dilihat berbeza dengan keadaan yang berlaku di negara ini.
“Sedangkan masa kita dahulu, kita lukis matahari, rumah, sungai. Mereka di sana trauma namun dengan adanya pendidikan, corak pemikiran mula berubah. Mereka sudah mula ada harapan.
“Bulan Ramadan adalah yang terbaik untuk kita bantu mereka,” terang Aizat yang akan berlepas ke Turki dan Lubnan pada 19 hingga 31 Mei depan menyertai misi tersebut.
Turut sama dijangka berangkat menyertai misi sama ialah penyanyi Altimet dan Noh Salleh.
Terdahulu, penyanyi Pergi ini ditemui pada Program CSR Media Hiburan X Remaja Make A Wish di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Aizat juga turut muncul menerisi single terbaru, Angin Lalu, bulan ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami ‘Mengidam’ Anak Lelaki, Ayda Jebat Usik Nabil Hanya Ingin Makan Daging & Brokoli

Penyanyi Ayda Jebat menyambut ulang tahun kelahiran ke-31 pada Jumaat dengan meraikannya bersama suami, pengacara Nabil Mahir di sebuah restoran yang menyediakan hidangan utama daging wagyu.
Berkongsikan sambutan itu di Insta Story, Ayda atau Nurul Shuhada Jebat secara berseloroh turut mengusik suaminya yang beriya-iya mahu menikmati hidangan daging wagyu dalam misi untuk mencuba mendapatkan anak lelaki.
“Misi makan daging, Nabil nak baby boy. Nak anak lelaki ke tu?” usik Ayda.
Nabil kemudian membalas secara berseloroh sambil mengangguk, “Kita cuba, kita cuba. Daging dan brokoli sahaja.”
Ayda dalam kenyataannya kepada pihak media sebelum ini berkata dia sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat.
Ini kerana menurut penyanyi lagu Temberang itu, dia mahu anak keduanya nanti membesar seiring bersama dengan anak pertamanya.
Untuk info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil, 35, pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI