Pelakon, Zul Yahya mengakui berasa sangat geram selepas memaklumkan pasar raya yang diusahakannya telah dimasuki oleh pencuri baru-baru ini.
Zul memberi tahu, hasil tinjauan menerusi kamera litar tertutup (cctv), terdapat dua individu tidak dikenali telah cuba menyelongkar kawasan belakang premisnya dan wajah mereka juga turut telah dikenal pasti.
“Allahhuakbar. Hati-hati warga Meru Raya lpoh. Penyamun berkeliaran. Semalam dua orang selongkah belakang kedai saya.
“Muka dah dapat, tunggu nak cekau je, dapat kasi ikat dekat pokok taruh semut merah dalam seluar pastu baru kasi balai.
Report sudah bikin tapi hati-hati sahabat-sahabat niaga jangan buka peluang untuk penyamun-penyamun ni,” kongsinya.
Ads
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Gerak Khas itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Zul turut menyeru rakan-rakan peniaga yang lain agar turut sama berhati-hati dan jangan sesekali memberi ruang kepada pencuri-pencuri ini.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sangat lega kerana tiada apa-apa yang serius berlaku dan berharap agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
Ads
Terdahulu, pasar raya yang diusahakan oleh Zul dikhabarkan baru sahaja memulakan operasinya pada November lalu.
Sumber: Instagram Zul Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Posting dua keping foto oleh usahawan dan jurulatih kecergasan yang pernah dikaitkan sebagai teman rapat pengasas kosmetik sensasi Sajat, Coach Yin nyata mengundang perhatian penggguna Instagram.
Menerusi foto kandid yang dirakam, pemilik nama lengkap Mohd Tishrrin Mohd Adnan itu dilihat ada menghadiahkan sebentuk jam tangan berjenama buat seorang wanita, dipercayai teman rapatnya.
“Love you my love,” tulis bintang Instagram ini bersama tanda palang #yeen #future #wife.
Dalam masa sama, kakak kepada Sharifah Sakinah ini juga ada memuat naik beberapa foto selebriti lain yang turut sama meraikan ulang
“Ni dia yang berbintang aquarias yang ku kenali.. Artis baru i tak tau birthday diaorng..
“Yang lama i ingat kecuali Neelofa.. yang lelaki tu pun orangnya cantik kannnn…
“Happy birthday aquarias..
“Sapa birthday aquarias angkat tangan..cantik tak dan berduit?,” tulisnya lagi.
Menerusi gambar yang dikongsikan Syira itu,antara selebriti yang lahir pada bulan ini adalah Neelofa,Erra Fazira, Sofea Jane,Linda Rafar,Sofea Jane dan gambar terakhir,Azwan Ali.
Foto: IG Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kurang seminggu bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz, Fasha Sandha telah pun mengumumkan berita gembira apabila dia secara rasmi merupakan wajah wakilan terkini bagi produk Inner Shine.
Mengenakan persalinan gaun ungu cair senteng, Fasha turut memberitahu meski inainya masih merah di jari, perlantikan tersebut disifatkan sebagai rezeki kahwin dan anak-anak.
“Bismillahirahmanirahim, Inai merah masih dijari. Rezeki kahwin dan anak2, hari ini saya di Kuala Lumpur untuk PC perlantikan saya sebagai Duta Inner Shine terbaru untuk tahun 2019.
“Terima kasih Miss Lam Hui Min daripada Brands Suntory kerana memilih saya sebagai Duta terbaru Inner Shine. Terima kasih juga buat Semua yang hadir hari ini terutamanya Suami tersayang , Media dan para peminat ,”tulisya ringkas.
Penyampai radio, Fizie Roslan, meluahkan rasa terharu melihat pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus lumus memadam kebakaran hutan di...