Pelakon, Zul Yahya mengakui berasa sangat geram selepas memaklumkan pasar raya yang diusahakannya telah dimasuki oleh pencuri baru-baru ini.
Zul memberi tahu, hasil tinjauan menerusi kamera litar tertutup (cctv), terdapat dua individu tidak dikenali telah cuba menyelongkar kawasan belakang premisnya dan wajah mereka juga turut telah dikenal pasti.
“Allahhuakbar. Hati-hati warga Meru Raya lpoh. Penyamun berkeliaran. Semalam dua orang selongkah belakang kedai saya.
“Muka dah dapat, tunggu nak cekau je, dapat kasi ikat dekat pokok taruh semut merah dalam seluar pastu baru kasi balai.
Report sudah bikin tapi hati-hati sahabat-sahabat niaga jangan buka peluang untuk penyamun-penyamun ni,” kongsinya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Gerak Khas itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Zul turut menyeru rakan-rakan peniaga yang lain agar turut sama berhati-hati dan jangan sesekali memberi ruang kepada pencuri-pencuri ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sangat lega kerana tiada apa-apa yang serius berlaku dan berharap agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
Terdahulu, pasar raya yang diusahakan oleh Zul dikhabarkan baru sahaja memulakan operasinya pada November lalu.
Sumber: Instagram Zul Yahya