Pelakon Aidil Aziz ada berkongsi foto terkini bersama isteri, aktres Fasha Sandha menerusi posting terkininya di Instagram.
Hadir temani isteri tercinta ke program Maharaja Lawak Mega (MLM) musim terbaru, pelakon itu turut memaklumkan si isteri yang tidak senyum dalam foto yang dirakam kerana rasa gementar.
“My wife jadi juri untuk Hot Seat Maharaja Lawak Mega 2019. Muka dia tak senyum sebab dia nervous.
“Harap persembahan best dan kelakar malam ni. Good luck kepada semua peserta,” tulisnya.
Lalu menerusi ruangan komen, para peminat turut memberikan pelbagai reaksi.
Sementara itu, ibu kepada dia cahaya mata turut berkongsi foto sama, memberi kredit kepada semua pihak yang terlibat dalam menata riasnya hari ini.
Jelas Fasha, untuk minggu ini dia diundang sebagai juri jemputan program tahunan itu di samping Datuk David Teo dan Sabri Yunus.
Maharaja Lawak Mega 2019 bakal membuka tirainya setiap hari Jumaat mulai 1 November 2019, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut dan bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.
Antara barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2019 terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon, serta sembilan peserta berkumpulan.
MLM kali ini membawakan satu episod istimewa, ‘Maharaja Lawak Mega 2019 – Kerusi Panas’ atau ‘Hot Seat’ yang akan bersiaran seminggu lebih awal hari ini, langsung di saluran Astro Warna dan Warna HD yang mana akan menyaksikan 12 peserta lawak berentap untuk meraih kedudukan di pentas utama MLM 2019.
Foto: Instagram Fasha Sandha, Aidil Aziz