
Ramai memuji penampilan terbaru anak ketiga Shuib bersama Allahyarhamah Siti Sarah, Ariq Matin yang sudah dipotong pendek rambutnya.
Terdahulu, Shuib ada memuat naik beberapa foto keping kandid anaknya itu.
“Hari ini bawa Matin potong rambut, tak sabarkan nak tengok rambut baru dia,” tulis Shuib ringkas pada ruangan kapsyen.
Terlihat kemas dan comel, para peminat memberikan reaksi pelbagai sejurus Shuib berkongsi foto sebelum dan selepas rambut kanak-kanak berusia enam tahun itu dipotong.
“Muka macam Aidil Zaquan pemain bola tu,” seorang peminat berikan pendapat.
“Rambut panjang sesuai dengan karektor Matin,” peminat lain turut beri pandangan.
“Hensem boy, sejuk hati ni bila tengok Matin,” puji peminat.
“Comel. Semoga jadi anak yang soleh dan berjaya dalam kehidupan,” doa peminat lainnya pula.
“Ya Allah handsomenya dia dah gunting rambut. Macam dah big boy sangat,” antara komen yang ditinggalkan.
Anak sulung mereka, Uwais Al-Qarni juga dilihat turut dipotong pendek rambutnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dituduh Acah Baik, Elly Mazlein Balas; “Lantaklah Apa Orang Nak Cakap, Walau Tak Seberapa Kak Lina Rasa Bahagia.”

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein tidak mahu ambil pusing mengenai cakap-cakap atau pandangan pesimis yang mempersoalkan mengenai usaha bantuan yang dihulurkan.
Menerusi Insta Story, Elly yang selesa disapa Kak Lina ini juga senang dengan apa yang dilakukan, meski ia tidaklah seberapa.
“Walaupun ada yang kata Kak Lina acah-acah nak tunjuk baik. Tak apa, itu dugaan buat Kak Lina. Lantaklah apa orang nak cakap apa pun pada Kak Lina ni.
“Kak Lina tetap usaha bantu cara Kak Lina. Walaupun tak seberapa pertolongan Kak Lina ni, tapi Kak Lina rasa luas, rasa bahagia,” tulisnya sambil disusuli dengan hashtag, #teamkaklinapompomambilberat.
Beberapa hari lalu, Elly yang kini sedang sarat hamil anak kedua, ada memuat naik sepotong video dengan niat mahu membantu insan yang memerlukan.
Menerusi video tersebut, Elly antara lain turut meminta mereka yang berkenaan agar bersikap jujur agar bantuan yang diberikan mengenai golongan sasaran.
“Alhamdulillah rezki kita share bersama. InsyaAllah ada rezki lebih nnti, lpas lock down dan da bole merentas negeri Kak lina usaha pulak utk pegi luar dari KL pulak.
“Cuma 1 yg ku pinta, kejujuran. Siapa yg memerlukan bole DM kak lina ya. nsyaAllah kak lina cuba bantu apa yg mampu, kak lina bantu sikit² ya supaya rmi bole merasa,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Senang Cakap Semua Ada Nama, Ada Duit Dan Pangkat, Tapi Mereka…,” – MV Rasmi Thank You Allah Siap, Alyah Terharu 6 ‘Founder’ Sanggup Bersusah-Payah

Penyanyi Datin Alyah bersyukur kerana muzik video rasmi Thank You Allah yang dilancarkan dua minggu lalu itu kini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di YouTube.
Malah lirik video lagu yang turut menampilkan Cat Farish dan Haris Ismail itu pula ditonton hampir 3 juta kali sejak dimuat naik menerusi platform berkenaan pada Ramadan.
Menurut Alyah, selain menampilkan bait-bait rap nyanyian Cat Farish serta monolong dalam Bahasa Melayu dan Arab oleh Haris, Thank You Allah berjaya menyatukan lima pengasas produk yang diundang sebagai pelakon di dalam muzik video.
“Sepatutnya enam wanita hebat terbabit di dalam muzik video ini. Akan tetapi kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan kerana salah seorang daripadanya tidak dapat bersama-sama pada saat akhir kerana mempunyai komitmen yang perlu didahulukan.
“Ikutkan hati, memang berhajat mahu kumpulkan semua untuk melengkapkan jalan cerita. Tapi tidak mengapa, semuanya dipermudahkan. Mereka termasuk saya berlakon sebagai adik-beradik yang pada awalnya ada perselisihan faham.
“Bagaimanapun akhirnya, masing-masing sedar akan silaturrahim itu adalah yang paling penting berbanding harta benda dan wang ringgit. Insafi diri adalah kunci untuk kita sedar siapa diri kita di sisiNya,” katanya.
Berada di Langkawi selama tiga hari untuk menjayakan muzik video berkenaan, isteri pemuzik Datuk Ramli MS ini bersyukur kerana kerjasama yang diberikan kelima mereka memudahkan proses penggambaran.
“Saya sedia maklum, masing-masing ada komitmen terhadap bisnes dan sebagainya. Jadi bila mereka dapat disatukan di Langkawi pada waktu yang sama membuatkan saya berbesar hati.
“Biarpun mampu nak menginap di mana-mana hotel, namun mereka sanggup untuk tinggal di lokasi sama dengan kami serta team produksi demi memudahkan proses penggambaran muzik video Thank You Allah.
“Iyalah, pastinya ada kekurangan juga dari pihak saya, tapi mereka sangat memahami dan cukup bertolak ansur. Sanggup bersusah payah bersama. Luar biasa komitmen yang diberikan.
“Senang cakap semua ada nama, ada duit dan ada pangkat, akan tetapi mereka tetap lakukannya dengan saya seolah-olah kita semua sama sahaja,” katanya.
Alyah pada masa sama terharu apabila menerima maklum balas positif pendengar selain lagu kerohanian berkenaan sering menjadi latar muzik di media sosial, khasnya di Instagram.
“Lagu ini dilancarkan pada Ramadan dan ketika itu kita masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB). Semua tahu, kita diduga Allah SWT dengan pandemik Covid-19.
“Dari awal lagu ini dimainkan sehinggalah pada saat ini, penerimaannya tidak saya sangka. Saya macam… hanya dengan satu sebab Allah beri pada saya lalu saya berkongsikan pada mereka di luar sana untuk sama-sama insafi diri dan syukur nikmat.
“Walaupun kita diuji bertubi-tubi, kita kena fikir positif dan jangan jemu untuk berdoa. Mahu tidak mahu, itu yang kita perlu lakukan ketika ini. InsyaAllah Dia akan sentiasa ada dengan kita.
“Sebenarnya, ia bukanlah soal kejayaan lagu ini semata-mata, sebaliknya andai ada yang membuatkan Thank You Allah ini suatu semangat, itu sudah memadai, alhamdulillah bagi saya,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Kerja Keras Bertahun Buat Lagu Ada Kualiti,” – Ratu Farah Diva Buat Persembahan Di Program TV, Sharul Kamal Kecewa Sebab…

Penyanyi dan pelakon, Sharul Kamal kecewa selepas menonton persembahan influencer Tik Tok, Ratu Farah Diva sewaktu membuat kemunculan di program hiburan popular, Meletop malam tadi.
Menurut Sharul, stesen televisyen ketika ini lebih mementingkan jumlah rating berbanding karya-karya yang berkualiti.
Saya ni bekerja keras bertahun2 nak buat lagu yang ada kualiti dan kemudian nak lah promo lagu dalam program tv yang ada rating tinggi seperti contoh MeleTOP tapi sayang, selalu dapat jawapan “nanti kami check slot”.
Apakan daya, kualiti macam ni yang ditagihkan. https://t.co/uXa4erHWHf
— SK (@sharulkamal_) February 8, 2023
“Saya ni bekerja keras bertahun-tahun nak buat lagu yang ada kualiti dan kemudian nak lah promo lagu dalam program tv yang ada rating tinggi seperti contoh MeleTOP tapi sayang, selalu dapat jawapan “nanti kami check slot”.
“Apakan daya, kualiti macam ni yang ditagihkan,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Maaf itu menerusi sebuah ciapan di Twitter.
Katanya lagi, dia juga pernah mencuba untuk mempromosikan karya-karyanya dibeberapa buah program televisyen, namun, peluang tersebut jarang diberikan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar Sharul tidak patah semangat untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih berkualiti selepas ini.
“Tak mengapa bro. Aku still support semua karya dan lagu kau. Terus maju jaya dalam industri.
“Jangan pernah lelah untuk menghasilkan karya bermutu.
“Sabarlah. Dia lagi pentingkan rating dari bakat.
“Sabar rul memang industri macam tu. Kau pun dah lama kan dalam industri ni. Jangan sedih sedih hidup ni keras.
“Sabar je la. Zaman sekaran ni benda-benda sebegini di gemari sebab nak naikkan rating. Qualiti langsung tak ada. Yang penting saya support bro. Jangan berhenti menyanyi ye,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, video nyanyian Ratu Farah Diva itu turut dikongsikan di laman Instagram Meletop.
Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 600,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Sharul Kamal, Meletop
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI