Pelakon Emma Maembong ada menitipkan satu dedikasi istimewa buat adiknya, Ahmad Maembong bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran bintang filem Badang itu.
Emma menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin ada memuat naik beberapa foto kenangan mereka berdua, termasuk sekeping foto ketika masih kecil.
“Happy birthday my one and only baby brother. I love u and always will @ahmad_maembong. And yes kitaorg ni dulu hard core fans john cena.
“Sampai pergi london tgok wwe just to see john cena,” tulisnya mengenang memori.
Sekaligus, foto yang dirakam ketika mereka sedang berdapakan itu juga pantas mendapat perhatian di kalangan para peminat.
Selain rata-ratanya yang turut sama mengucapkan selamat hari jadi buat Ahmad, tidak kurang yang memuji keakraban ibu kepada seorang cahaya mata ini bersama adik tersayang.
Malah, ada juga yang menyifatkan wajah Ahmad mirip suami Emma, Muhammad Shazli Azhar.
Setakat ini, foto tersebut sudah pun mendapat lebih 50,000 tanda suka dari kalangan pengguna Instagram.
Foto: Instagram Emma Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penampilan Mira Filzah ‘Difilter’ Suami; “Dia Nak Tengok ‘Puan Amirah’ Berbanding Mira Filzah.”
Sejak mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengakui penampilannya kini ditapis terlebih dahulu oleh suaminya, Wan Emir Astar.
Menurut Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, suaminya mempunyai pendekatan tersendiri dalam menegur cara pemakaiannya sekiranya ‘tidak berkenan’ dengan sesuatu yang digayakannya.
“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu tegur secara subtle (halus). Macam dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang ‘Puan Amirah’ bukan Mira Filzah.
“Kadang-kadang saya nak keluar, dia akan tegur “tudung bagi nampak macam Puan Amirah sikit”.
“Jadi saya pun faham maksud Puan Amirah itu seperti mana yang dia mahukan,” kata Mira dalam program bual bicara Next To Neelofa 2.
Dalam program itu juga, Mira mendedahkan dia merancang untuk memiliki tiga atau empat cahaya mata untuk menyerikan lagi bahtera rumah tangganya.
“Saya merancang nak ada tiga atau empat cahaya mata. Yang anak pertama ini, memang saya dan suami merancang sampai kami dapat suntikan dos kedua vaksin.
“Sekarang, saya teruja untuk melihat perkembangan Amir, kalau boleh saya nak tengok setiap first moment dia, seronok jadi ibu ini.
“Dan saya juga banyak belajar daripada Neelofa yang sering berkongsi apa-apa maklumat dan informasi yang berguna tentang perkembangan usia awal kanak-kanak,” katanya lagi.
Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar yang merupakan seorang arkitek pada 3 September 2020.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir, yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aina Abdul Menang AJL37, Kaut RM112,000 & Vokal Terbaik
Persembahan memukau Aina Abdul memberi tuah buat naskhah ciptaannya sendiri, Terus Hidup apabila diumumkan sebagai juara utama di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.
Kemenangan itu sekaligus melayakkannya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi, mengetepikan saingan 11 buah lagu yang turut bertanding.
Sementara itu, Aina Abdul juga dinobatkan sebagai penerima Anugerah Vokal Terbaik, menerima RM12,000 dan trofi.
Tempat kedua dimenangi lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian SonaOne & Joe Flizzow membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.
Manakala lagu Anugerah Terindah yang dinyanyikan oleh Alif Satar & The Locos di tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM 30, 000 bersama trofi.
Shiha bersama lagu Irama pula dipilih sebagai Pemenang Persembahan Terbaik dan menerima RM12, 000 dan trofi yang diundi secara dalam talian oleh penonton,
Istimewanya edisi kali ini, Alha Alfa Cosmetics juga meraikan Penyanyi Pilihan Alha Alfa yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 12,000 bersama trofi dan dimenangi Khai Bahar.
Membawa tema Dimensi Muzik, AJL 37 dikendalikan oleh Sherry Alhadad dan Jihan Muse sebagai hos dan turut diserikan dengan persembahan ramai artis.
Antaranya De Fam, Syamel, Kaka Azraff, Azlan And The Typewritter, Exist dan ramai lag.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bernafas Guna Machine, Tiub Sambung Ke Anak Tekak, Jadi Masih Tak Dapat Dengar Lagi Baby D Menangis,” – Abby Abadi
Awal semalam, pelakon Abby Abadi ada berkongsi mengenai perkembangan anak bongsunya, Muhammad Danial Firman Faizal menerusi Instagram.
Sudah pun mencecah usia 47 hari, Abby turut memanjatkan rasa syukur apabila anaknya yang sinonim dipanggil Baby D kekal bertahan berkat doa ramai.
“13Nov 2019: Hari yg ke 47 hari ni. Alhamdullillah. Syukur pada ALLAH, berkat doa semua, Baby D terus kuat bertahan. Nak cerita banyakpun serba salah sebenarnya sbb takut seronok2 sangat, tiba2 apa yg Baby D lalui sebelum ni datang balik.
“Tu yg ingat nak simpan dulu tu. Tunggu Baby betul2 sihat, betul2 dah buleh duduk dgn Mama Abah, Abang Kakak semua nanti, baru Mama terobek semula ok ke?
“Yg buleh Sy kongsikan serba sedikit, Skrg Baby Danial kami masih di NICU, HSB, masih dalam inkubator. Masih bernafas guna machine. Bila dah bernafas guna machine, tiub sambung ke anak tekak, jadi masih tak dpt dengar lagi Baby D menangis,” maklum Abby.
Pada masa sama, bintang Gerak Khas ini turut memberitahu anaknya itu masih minum susu dengan menggunakan tiub khas dan beraqt badannya juga kini kian bertambah.
“Juga masih minum susu guna tiub terus ke perut. Cuma beratnyalah yg makin bertambah dari hari ke hari. Terbaru dari 535gram awal kelahiran haritu, hari ni dah 892gram.
“Ada soalan? Hehe.. Tu je yg dapat share skrg ni.. Semoga ALLAH kurniakan Afiyah buat Muhammad Danial Firman & semua baby prem yg sedang bertahan,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Terdahulu, Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungannya berusia enam bulan. Dia terpaksa melahirkan Baby D dalam proses pembedahan pada 27 September lalu selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.
Sementara itu pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan. Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI