“Muka Sama Macam Husband?,” – Emma Kongsi Foto Adik Sempena Hari Jadi, Peminat Kata Wajah Ahmad Maembong Mirip Abang Ipar

Share

Pelakon Emma Maembong ada menitipkan satu dedikasi istimewa buat adiknya, Ahmad Maembong bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran bintang filem Badang itu.

Emma menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin ada memuat naik beberapa foto kenangan mereka berdua, termasuk sekeping foto ketika masih kecil.

“Happy birthday my one and only baby brother. I love u and always will @ahmad_maembong. And yes kitaorg ni dulu hard core fans john cena.

“Sampai pergi london tgok wwe just to see john cena,” tulisnya mengenang memori.

Sekaligus, foto yang dirakam ketika mereka sedang berdapakan itu juga pantas mendapat perhatian di kalangan para peminat.

Selain rata-ratanya yang turut sama mengucapkan selamat hari jadi buat Ahmad, tidak kurang yang memuji keakraban ibu kepada seorang cahaya mata ini bersama adik tersayang.

Malah, ada juga yang menyifatkan wajah Ahmad mirip suami Emma, Muhammad Shazli Azhar.

Setakat ini, foto tersebut sudah pun mendapat lebih 50,000 tanda suka dari kalangan pengguna Instagram.

Foto: Instagram Emma Maembong

Published by
MH