Pelakon Sophia Albarakbah bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus dalam bidang lakonan meski namanya tidak pernah sunyi dilanda kontroversi sebelum ini.
Malah, Sophia, 30, berkata, dia juga terharu kerana masih mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah drama serta filem sepanjang tahun.
“Kini, bukannya masa untuk saya menoleh ke belakang lagi. Saya mahu fokus untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan.
“Saya bersyukur agenda seni padat sehingga hujung tahun ini.
“Pada masa sama, saya juga ada empat filem yang akan ditayangkan di pawagam pada tahun ini. Antaranya, filem Jiwa 8 Belas,” katanya.
Mahu buka buku baru sempena tahun 2024, Sophia berazam untuk tidak lagi terpalit dengan sebarang gosip yang hanya menjejaskan reputasi.
Ads
“Saya tidak mahu peminat kenal saya kerana pelbagai cerita kontroversi dan bukannya bakat lakonan dipertaruhkan.
“Cukup-cukuplah kontroversi yang pernah melanda kerana saya tidak mahu kisah silam diungkit lagi,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sophia yang mendukung watak heroin sebagai Fatien menerusi filem Jiwa 8 Belas terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu turut berbesar hati untuk memberi sepenuh komitmen terhadap naskhah filem sulungnya itu.
Ads
“Saya dapat tawaran berlakon dalam filem Jiwa 8 Belas ini menerusi proses uji bakat pada penghujung 2018. Saya tiada asas dalam bidang lakonan dan lakonan memang agak ‘kayu’ ketika itu,” akuinya.
Tambahnya lagi, dia ada mengalami kecederaan pada kakinya lebam-lebam ketika menjayakan babak diculik penjahat yang mahu ‘menjualnya‘ dalam filem itu.
“Saya perlu melakonkan babak melarikan diri dalam hutan dan sungai tanpa memakai kasut ketika dikejar penjahat.
Ads
“Selain itu, ada juga babak muka saya dicelup dengan air kotor dan berlumpur oleh penjahat,” katanya.
Filem Jiwa 8 Belas arahan S Baldev Singh turut menampilkan pelakon berbakat besar seperti Shah Hazvee, Izuan Ramli, Ikhram Juhari, Kanda Khairul, A Galak dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Datuk Fauziah Nawi, Zila Bakarin, Aman Graseka, Akim Nordin, Faha Azhar, Arif Mex dan Acap S turut terlibat di dalam filem yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 18 Januari 2024 itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”
“Assalamualaikum ,saya baby Ibrahim Jibriel .harini hari ke-7 saya dilahirkan .doakan saya menjadi anak yg soleh dan sentiasa di dlm perlindungan Allah swt,” tulisnya.
Terdahulu, Fad dan Syaheera telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan anak kembar lelaki Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan bernama Nur Aminah Mishall.
Foto: Instagram Fad Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Fasha Sandha menitipkan ucapan khas bersempena ulang tahun bekas suaminya, Rizal Ashram yang ke-47.
Dalam ucapan tersebut, Fasha turut mendoakan semoga Rizal dapat segera bertemu dengan pasangan hatinya.
“Happy birthday mantanku. Semoga cepat-cepat dapat mami baru supaya rambut anak-anak saya kemas dan anak-anak mandi awal setiap hari.
“Jangan marah ya sebab sekarang dah tua. Nanti bertambah-tambah tuanya. Apapun, tak nampak tua pun. Selalu nampak muda macam remaja. Okay dah puji. Cepat senyum balik. Tak payah serius sangat,” tulisnya.
Titipan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Anak Mami Kembali itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Dalam pada itu, Fasha turut berterima kasih kepada Rizal kerana membenarkan anak-anak menyambut hari lahir suaminya yang juga merupakan pelakon, Aidil Aziz terlebih dahulu memandangkan tarikh lahir mereka jatuh pada hari yang sama.
“Kebetulan pula sama tarikh dengan Aidil. Terima kasih sebab bagi anak-anak sambut dengan Aidil semalam.
“Hari ini sambut dengan awak pula. Sekali lagi selamat hari lahir Leo. My love hate relationship,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia dan Putri Raysha Jemyma.
Fasha kemudiannya bertemu jodoh kali kedua dan selamat bernikah dengan Aidil pada 28 Mac 2019.
Hasil perkong hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan dirinya pernah terjebak dengan aktiviti judi atas talian sehingga menyebabkan ketagihan.
Malah, Shuib turut memaklumkan dirinya pernah dikepung ahli kongsi gelap selepas memanangi wang taruhan sebanyak RM68,000.
Sedar akan tindakkannya yang merugikan dan salah di sisi agama, Shuib memutuskan untuk meninggalkan terus perbuatan terkutuk itu.
Terbaharu menerusi perkongsian di Instagram Stories, bekas anggota kumpulan Sepahtu itu memuat naik satu tangkap layar perbualan bersama seorang netizen yang turut sama ingin keluar daripada masalah ketagihan.
Berbeza dengan Shuib, individu berkenaan mempunyai masalah ketagihan aktiviti pertukaran mata wang asing atau forex sehingga berhutang dengan Ah Long.
Lantaran itu, Shuib tampil memberikan pandangannya dan berkongsi cara keluar daripada masalah ketagihan.
“Saya niat dan tanam dalam hati, nak berhenti kerana perkara ini tiada pengakhirannya. Hujung-hujung nanti mesti saya yang rugi, kalah dan habis duit.
“Benda pun memang haram, tak baik dan Allah tak reda. Jadi, saya niat nak berhenti dan mohon Allah beri kekuatan untuk saya cari rezeki halal.
“Alhamdulillah bila saya berhenti, rezeki halal yang datang melimpah-limpah. Rezeki berkat. Bila awak niat nak berubah dan cari rezeki halal, Allah pasti bantu,” tulisnya di Instagram Stories.
Pada masa sama, Shuib turut menyifatkan isu ketagihan seperti ini sememangnya memerlukan jiwa yang kental untuk melawan agar tidak kembali ke lembah dosa ini.
“Ujian orang tidak sama. Yang pernah duduk sebagai seorang pejuang sahaja tahu macam mana mencabarnya nak keluar daripada kancah judi bodoh ini.
“Semoga kita diberikan kekuatan dalam menghadapi segala ujian. Semoga terus kuat brother,” ujarnya lagi.
Terdahulu, kisah mengenai ketagihan judi itu dikongsikan oleh Shuib menerusi program Dol Podcast bersama rakan selebriti seperti Shuk Sahar dan Fizie Roslan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!