Penyampai radio, Zetty Hot FM berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya telah selamat menikah bersama pemain bola sepak pasukan Perak, Ahmad Khairil Anuar atau lebih popular dengan panggilan Beto.

Menurut laporan Berita Harian, pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan, Muhammad Ghazali Mohd Sali yang berlansung di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang pada jam 10.30 pagi pada Khamis.

Dalam pada itu, pengantin peremouan turut menerima mas kahwin sebanyak RM300, sebentuk cincin selain beberapa dulang hantaran.

 Menurut penyampai radio Hot FM itu, bibit percintaan mereka bermula melalui media sosial sejak akhir tahun lalu.

Ads

“Kami mula rapat tahun ini. Sebelum itu, kami kerap bertemu beberapa kali pada acara jenama sukan terkenal.

“Hubungan bertambah serius apabila Beto mengajak saya berkahwin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu. Akhirnya, kami bersetuju untuk bertunang, Ogos lalu,” katanya seperti yang dipetik.

Ads

Zetty yang sepatutnya melangsungkan pernikahan pada hari ini (Jumaat) memberi tahu, dia terpaksa menukar rancangan tersebut pada saat-saat akhir memandangkan situasi semasa yang tidak mengizinkan.

“Kami tukar perancangan asal. Kami mempercepatkan acara pernikahan kerana situasi semasa.

Ads

“Insya-Allah majlis resepsi akan diadakan tahun depan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Zetty memaklumkan Beto akan duduk bersamanya di Selangor selepas dikatakan telah mendapat tawaran untuk menyertai salah sebuah pasukan di Lembah Klang

Sumber: Berita Harian & Instagram Hot FM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI