“Tengok ayam pasti rasa nak muntah,” kata pelakon Farah Nabilah menerusi Harian Metro apabila ditanya mengenai alahan yang di alami pada awal kehamilan.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kini tidak lagi alami alahan teruk.
Terdahulu, bintang berusia 28 tahun ini Farah diijabkabulkan bersama juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember tahun lalu.
“Pada peringkat awal kehamilan saya langsung tak boleh tengok ayam. Padahal saya memang sukan makan ayam sebelum itu.
“Syukur sekarang tiada alahan teruk dan keadaan saya juga baik-baik saja,” katanya.
Sementara itu, Farah turut mengakui dia mendapati dirinya hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives untuk berbulan madu pada Mac lalu.
“Alhamdulillah, minggu depan genap lima bulan usia kehamilan. Saya mula dapat tahu hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives pada 9 Mac lalu,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, dia dan suami, Mohammed Amirul Yunus sebenarnya memberi masa enam bulan untuk mereka melayari bahtera rumah tangga sebelum fokus untuk menimamg cahaya mata.
“Namun, tak sangka rezeki datang secepat ini. Kami berdua sangat gembira dan teruja untuk menunggu anak pertama ini lahir.
“Insya-Allah, jika mengikut jadual saya bakal bersalin pada akhir Oktober depan. Doakan semoga semuanya dipermudahkan dan kandungan berada dalam keadaan selamat,” jelas Farah.
Terdahulu, pelakon ini mengumumkan mengenai berita itu menerusi Instagram, pada Rabu.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI